Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Aliran Berwarna Putih, Berbau...

Shah Alam : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan aliran air sungai berwarna...

Belia Indonesia Minat Ceramah...

JAKARTA - Belia Indonesia kini hilang minat untuk mempelajari agama di masjid yang...

Lupakan Kisah Silam, Sufian...

PERKARA yang lepas seeloknya tidak perlu dikenang dan hanya perlu diambil sebagai iktibar...

Kejatuhan Eksport Negara Bukan...

KUALA LUMPUR - Kejatuhan eksport negara sebanyak 5.5% bagi bulan November 2019 bukan...

Warga Filipina Dipenjara 6 Bulan Masuk Secara Haram

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga Filipina dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana masuk ke negeri ini secara haram dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman terhadap Marsan Ajilul@Anuar Mohamad Asnalul, 32, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 15 Mac 2018.

Bapa empat anak itu dituduh mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya serta boleh disebat sehingga enam kali, jika sabit kesalahan.

Marsan Ajilul didakwa melakukan kesalahan sebagai seorang bukan warganegara Malaysia didapati masuk ke negeri ini tanpa mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah untuk membenarkan tertuduh memasuki dan tinggal di negeri ini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sejak Ogos 2017 sehingga 15 Mac 2018 di daerah ini.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama mahkamah turut menetapkan 21 Mei ini untuk sebutan semula kes Marsan Ajilul yang turut didakwa sebagai anggota pengganas Abu Sayyaf di Sabah.


Azreena menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Farrah Farriza Wan Ghazali memohon tarikh baharu untuk sebutan semula kes bagi memindahkan kes tertuduh yang didakwa sebagai anggota pengganas Abu Sayyaf di daerah ini sejak 31 Julai 2012 hingga 15 Mac 2018, ke Mahkamah Tinggi.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan denda jika sabit kesalahan.

Kedua-dua kes berkenaan dikendalikan oleh Wan Farrah dan tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori