Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rasuah Bola Sepak Merugikan...

KUALA TERENGGANU - Sikap rambang mata dengan tawaran wang daripada bookie atau dalang...

Moyang Remaja Ini Memiliki...

SEORANG remaja yang berkongsikan gambar moyangnya di laman sosial miliknya menjadi viral baru-baru...

Lebih 200 Pekerja Premis...

PUTRAJAYA - Operasi sebuah medan selera dan beberapa premis makanan di pusat membeli-belah...

Hampir 200,000 Wanita Jalani...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 192,365 wanita menjalani pemeriksaan saringan kanser payu dara menerusi...

Warisan Sabah Tanding 16 Parlimen, 45 DUN Pada PRU14

KOTA KINABALU – Presiden parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Semporna dan turut bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri Senallang pada Pilihan Raya Umum (PRU), pada 9 Mei.

Shafiel ketika mengumumkan nama-nama calon parti pembangkang itu untuk PRU14, berkata parti berkenaan akan bertanding 16 kerusi Parlimen daripada 25 kerusi di Sabah dan 45 kerusi negeri daripada 60 kerusi DUN.

Warisan turut mempertaruhkan Noor Halim Zaini, anak lelaki Datuk Zaini Mat Isa, bekas ADUN Labuan (sebelum menjadi Wilayah Persekutuan) untuk kerusi Parlimen Labuan.

Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking akan mempertahankan kerusi Parlimen Penampang yang disandangnya kini melalui tiket PKR pada PRU13.

Warisan turut mempertaruhkan lapan calon wanita masing-masing dua bagi kawasan Parlimen dan enam kawasan DUN. – BERNAMA

Kategori