Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Abai Anak: Suami Isteri...

JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada kepada tiga kanak-kanak yang diselamatkan Jabatan Kebajikan...

PGA7 Tingkat Kawalan Sempadan,...

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) meningkatkan kawalan sempadan termasuk...

6 Ditahan Kes Pecah...

KUALA LUMPUR - Enam individu termasuk seorang pegawai kanan polis ditahan semalam dan...

Nombor Telefon Istimewa Dengan...

DUBAI - Syarikat Gabungan Telekomunikasi Emiriah atau DU menjual nombor telefon bimbit istimewa...

Wira Tak Didendang KKM Diberi Penghargaan

SERDANG – Sikap profesional yang ditunjukkan seorang jururawat dalam melayani kerenah waris pesakit yang tular di laman sosial baru-baru ini bukan sahaja mendapat pujian netizen, malah turut menarik perhatian pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan.

Khartina Khalid, 32 yang berkhidmat di Dewan Bersalin Hospital Langkawi merupakan antara tiga kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) selain Hospital Serdang yang menerima anugerah penghargaan daripada Safety First Group hari ini atas khidmat terbaik kepada masyarakat.

Dua penerima lain ialah Pakar Perunding Kardiologi Hospital Serdang, Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah; Ketua Unit Keselamatan Pesakit, Kualiti dalam Penjagaan Kesihatan, Unit Pembangunan Kesihatan, Program Kesihatan KKM, Dr Nor Aishah Abu Bakar.

Anugerah itu disampaikan pentadbir utama Safety First Group Samad Rahim dalam satu majlis di Hospital Serdang.

Turut hadir Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham dalam ucapannya merakamkan terima kasih kepada Safety First Group atas penghargaan yang diberikan kepada kakitangan di bawah kementerian itu.


“Sumbangan ini sedikit sebanyak memberikan suntikan semangat kepada petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberikan khidmat terbaik kepada pesakit dan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Azman pada sidang media berkata selain penerima anugerah hari ini, kesemua kakitangan kementerian kesihatan dianggap wira tak didendang dalam menyelamatkan nyawa pesakit.

“Mereka bekerja begitu kuat, tidak berhenti kerja siang malam Pengorbanan mereka begitu besar, mereka semua wira tak didendang,” katanya. – BERNAMA

Kategori