Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penganggur Miliki Gambar Lucah...

TELUK INTAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Kanak-Kanak Kena Langgar, Saksi...

KEMALANGAN di China ni diibaratkan macam sudah biasa berlaku dan tak pelik jika...

Rancang Kewangan Elak Kegagalan...

KOTA BHARU - Perancangan kewangan yang betul perlu menjadi keutamaan seluruh rakyat negara...

Usah Benar Orang Tidak...

BESUT - Polis menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak membenarkan sesiapa yang...

Yana Buat Rawatan Kesuburan Demi Zuriat Kedua

PELAKON dan pengacara, Yana Samsudin mengakui melakukan kaedah perubatan alternatif menerusi rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) dalam usaha mendapatkan anak kedua.

Yana berkata, rawatan tersebut dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta yang terletak di ibu kota dan dilakukan sebanyak tiga kali sejak November tahun lalu.

Kata Yana, kos rawatan tersebut menelan perbelanjaan sehingga RM20,000 namun usaha tersebut belum berhasil dan dia reda dengan rezekinya buat ketika ini.

“Jujur saya sedih dan menitiskan air mata kerana memang mengimpikan untuk mendapat zuriat lagi.

“Saya anggap belum rezeki bersama suami untuk menimang cahaya mata kedua. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya,” katanya dipetik Sinar Online.

Pelakon dan pengacara, Yana Samsudin

Dalam pada itu, Yana menjelaskan kesibukan kerja menjadi faktor yang membuatkan proses rawatan yang dijalani itu kurang berkesan.


Malah kata Yana lagi, selepas membuat perubatan doktor menasihatinya untuk mendapat rehat yang secukupnya sebelum meneruskan dengan proses rawatan kesuburan lain.

“Buat masa ini, saya banyak sibukkan diri dengan bekerja. Bagaimanapun saya selalu berdoa dikurniakan anak secepat mungkin dan tidak akan putus asa,” luah Yana.

Yana dan Fadzil Zahari telah berkahwin pada 13 Februari 2015. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aisy Mateen yang kini berusia 2 tahun. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori