Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Artikel 13 Mei Howard...

KUALA LUMPUR – Tindakan Ketua Pemuda DAPSY, Howard Lee yang menulis sebuah artikel...

“Bila Di Malaysia, Ikut...

PUTRAJAYA - Pelancong asing yang berada di negara ini perlu mengikut prosedur operasi...

Tarif Gas Lebih Tinggi...

KUALA LUMPUR - Gas Malaysia Bhd. menyemak semula tarif gas asli bagi sektor...

Penyelia Tapak Maut, Besi...

Malang tidak berbau. Seorang penyelia tapak projek meninggal dunia setelah kepala dan tubuhnya...

Yee Khie Mula Tumpu Pada Sukan Para Asia

SEPANG – Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia bagi acara powerlifting, Jong Yee Khie, kini memberi fokus sepenuhnya kepada Sukan Para Asia ketiga di Jakarta bermula 6-13 Okt ini.

Atlet berusia 29 tahun dari Batu Kawa, Kuching itu berkata beliau hanya akan mengambil cuti rehat dua atau tiga hari, sebelum pulang ke Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan untuk meneruskan latihan, dalam usaha meraih emas di Jakarta.

“Saya tidak boleh mengambil cuti panjang, perlu meneruskan persiapan untuk Sukan Para Asia kerana meletakkan harapan di sana. Sudah pasti saya akan menerima cabaran sengit daripada peserta dari China dan Iran, tetapi angkatan kami lebih kurang sahaja.

“Saya rasa baru-baru ini, (jumlah) angkatan mereka ada meningkat sedikit, jadi saya pun harus meningkatkan jumlah angkatan saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), sejurus tiba dari Gold Coast bersama-sama skuad powerlifting, renang dan gimnastik artistik.

Pemenang pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 itu, meraih perak kategori heavyweight lelaki selepas mencatatkan 188.7 mata di Carrara Sports and Leisure Centre pada Selasa lalu, manakala pingat emas menjadi milik Abdul Azeez Ibrahim dari Nigeria yang mencatatkan 191.9 mata, sementara Sachin Chaidhary dari India meraih gangsa dengan 181 mata.

Walaupun Yee Khie mengangkat berjaya melepasi tiga percubaannya masing-masing dengan bebanan 205kg, 213kg dan 220kg, iaitu bebanan maksimum sama dengan Abdul Azeez yang mengangkat 210kg dan 220kg sebelum gagal melakukan 221kg, tetapi beliau memperoleh mata yang lebih rendah kerana berat badannya (96.80kg) lebih tinggi berbanding berat peserta Nigeria itu (93.10kg).

“Saya rasa pada kali ini, jumlah bebanan saya lebih baik berbanding empat tahun lepas (206kg). Saya memang sasar emas, tetapi masih gembira kerana dapat memberikan cabaran sengit,” katanya yang meraih emas Sukan Para ASEAN 2017 dengan catatan 210kg dan memperbaharui rekod kejohanan 200kg miliknya yang dicatatkan di Singapura pada 2015.


Ditanya mengenai perancangan untuk Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) sebanyak RM40,000 yang bakal diterimanya atas kejayaan meraih perak itu, beliau berkata mahu menyimpan duit itu dan merancang untuk membuka sebuah restoran di kampungnya pada masa hadapan.

Sementara itu, ketua jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam yakin bahawa Yee Khie mampu menghadiahkan pingat emas buat negara di Jakarta jika dapat mengatasi atlet dari China, Iran dan Iraq, kerana kini berada pada kedudukan keempat dunia selepas menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding empat tahun yang lalu.

Beliau berkata berdasarkan prestasi terkini, pihaknya menyenaraikan seramai lima atlet bagi senarai awal atlet powerlifting ke Jakarta, di mana Kejohanan Powerlifting Terbuka Asia-Ocenia 2018 di Kitakyushu, Jepun pada September ini sebagai pemanas badan kepada mereka.

“Kejohanan di Jepun itu juga merupakan pathway kelayakan ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Siri kelayakan ini akan berlangsung sehingga 2020, yang mana top 10 atlet lelaki dan top eight atlet wanita akan layak ke Tokyo.

“Saya rasa atlet-atlet kita berada pada prestasi terbaik sekarang, jadi peluang di Sukan Asia memang ada. Cuma kita perlu memastikan bahawa persediaan kita berada pada tahap terbaik, dengan bantuan sokongan daripada Institut Sukan Negara,” katanya. – BERNAMA

Kategori