Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Atlas Copco Buka Akademi...

SHAH ALAM - Syarikat perindustrian dari Sweden, Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd, hari...

30,000 Hektar Tanah Wakaf,...

JOHOR BAHRU - Umat Islam di Malaysia boleh dianggap sebagai amat pemurah mewakafkan...

Johor Teruskan Program Insentif...

JOHOR BAHRU - Jabatan Pertanian Johor akan meneruskan program insentif dan bantuan untuk...

GAMBAR: Gerhana Bulan ‘Berdarah’...

Hari ini, berlaku fenomena luar biasa di langit yang dapat disaksikan dengan mata kasar iaitu...

Zahid Harap Terjemah Makna Demokrasi Di Luar Dewan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap setiap anggota Parlimen dapat menterjemahkan makna demokrasi dengan sebaiknya walaupun tidak lagi berada di dalam sesi persidangan Dewan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri yakin setiap mereka dapat menggunakan pengalaman sepanjang berada di Dewan Rakyat untuk menangani perbezaan pendapat masing-masing dengan baik.

“Walaupun kita akan berjumpa di medan dan di gelanggang (pilihan raya umum ke-14) tetapi saya amat yakin bahawa pengalaman kita di dewan ini walaupun berbeza pendapat, tetapi di luar dewan kita tetap sahabat.

Dan sebagai sahabat tentunya apabila kita mempunyai perbezaan dan pandangan, yang penting adalah kembali kepada tasawuf,” katanya mewakili pihak kerajaan memberikan ucapan sebelum Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat bagi penggal keenam, Parlimen ke-13 yang bersidang sejak 5 Mac lepas ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Speaker Dewan Rakyat, timbalan-timbalan Speaker, pegawai, kakitangan dan para bentara Dewan Rakyat.


“Bagi pihak kerajaan dan rakan-rakan di sebelah sana, tentunya kami ingin ucapkan penghargaan di atas sumbangan yang amat profesional oleh Tan Sri Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) kepada kami di Dewan Rakyat,” katanya yang kemudiannya turut mengucapkan terima kasih kepada ketua dan anggota-anggota Parlimen pembangkang.

Anggota Parlimen Bagan Datuk itu turut melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua majlis Parlimen ke-13 di atas segala transformasi yang telah dilaksanakannya.

“Insya-Allah jika mandat lebih besar kami terima, kami akan lakukan yang terbaik untuk rakyat keseluruhannya, kita akan lakukan yang terbaik, kita jumpa di gelanggang dengan kaedah terbaik, lawan tetap lawan,” katanya. – BERNAMA

Kategori