Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ahli Parlimen Saran Haramkan...

KETIKA beberapa buah negara Islam termasuk Malaysia mengeluarkan fatwa pengharaman Pokomen Go, seorang...

Peralatan Radar Ketenteraan Hilang...

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berharap pihak...

Promosi Konsep Maqasid Syariah...

KUCHING – Malaysia sedang mempromosikan konsep Maqasid Syariah, satu tataetika perilaku yang mengandungi...

“Pil Minda Tidak Jadikan...

EKORAN trend penjualan ‘pil minda’ yang didakwa boleh jadikan seseorang itu genius yang...

Zahid Lawat Kilang Pemprosesan Makanan Laut

BAGAN DATUK – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan lawatan ke kilang pemprosesan makanan laut di sini hari ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, tiba di Kilang Sen Up Huat Seafood Trading Sdn Bhd yang beroperasi sejak November 1980 itu pada pukul 10.40 pagi.

Beliau berada kira-kira sejam di kilang itu untuk berjumpa dengan ahli lembaga pengarah syarikat selain meninjau pembuatan makanan serta melawat ke pelantar berhampiran premis berkenaan.

Kilang itu menghasilkan makanan laut sejuk beku antaranya sotong, sotong kurita dan udang yang dieksport Jepun, Korea, China, Hong Kong dan Australia.

Sejak 2004, kebanyakan produk makanan sejuk beku kilang berkenaan telah masuk ke pasaran Eropah.


Turut hadir ialah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk Khairuddin Tarmizi. – BERNAMA

Kategori