Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

224,402 Penduduk Dunia Terkorban...

PARIS - Sekurang-kurangnya 224,402 penduduk dunia dilaporkan terkorban sejak wabak COVID-19 yang kali...

Bauksit: 4 Staf PTG...

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan...

Najib Adil Kepada Semua...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melakukan...

Serunding Dapat Permintaan Tinggi...

TUMPAT - Permintaan terhadap pelbagai jenis serunding meningkat ketika ini kerana selain dijadikan...

Zahirah Beri Bayangan Sudah ‘Putus’ Dengan Zul Ariffin?

SETELAH sekian lama berteka- teki status hubungannya dengan Zul Ariffin, akhirnya Zahirah Macwilson ‘buka mulut’ dengan beri gambaran seolah-olah ikatan cinta antara mereka sudah berakhir.

Memetik BH Online, aktres yang terkenal menerusi drama Duda Pujaan Dara itu berkata, tiada apa yang perlu dibangkitkan mengenai mereka berdua.

Malah, Zahirah merasakan cerita peribadi tersebut tidak perlu dibangkitkan lagi dan memaklumkan bahawa dia sudah membuangnya jauh daripada minda.

“Tiada apa lagi yang hendak diragui mengenai status saya. Begitu juga tidak perlu lagi hendak ditanya sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaliknya.

“Dalam bahasa lebih mudah, boleh dikatakan, kini saya tidak perlu menjaga hati sesiapa. Semua hal yang remeh saya tolak ke tepi. Ia tak penting lagi,” kata Zahirah.

Tambah Zahirah lagi, dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung hal itu dan lebih selesa mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan.

“Masing-masing ada kerja dan tanggungjawab. Jika saya hendak bercakap lebih-lebih pun, rasanya tidak manis kerana perkara itu turut membabitkan insan lain.

“Jadi, lebih baik saya diam dan tak perlu nak ungkit lagi hal ini,” jelas pelakon yang berusia 23 tahun itu.


Dalam pada itu, Zahirah berkata buat masa ini, dia enggan memikirkan tentang cinta sebaliknya ingin menjadikan tahun 2018 sebagai ruang kepada dirinya untuk kembali fokus dan merancakkan lagi kerjaya seni.

“Buat sementara waktu ini, saya mahu katakan tidak kepada cinta. Kalau boleh juga, saya tak mahu lagi dihimpit gosip atau kontroversi.

“Namun, pada masa sama saya cukup memahami, perkara seperti itu bukannya boleh dikawal atau dielakkan.

“Dalam industri ini, kita kena berdepan dengan perkara sedemikian. Cuma pada akhirnya, ia tetap berbalik kepada cara kita menanganinya,” ujarnya.

Terdahulu, kisah percintaan Zahirah dengan Zul mendapat perhatian ramai apabila hubungan mereka menjadi tanda tanya selepas dikaitkan dalam kemelut perhubungan pasangan pelakon, Kamal Adli dan Emma Maembong.

Tanda tanya itu terus berputar apabila bapa Zahirah iaitu Zainol Macwilson sebelum ini dikatakan tidak merestui percintaan anaknya dengan aktor berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori