Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan...

PUTRAJAYA - Pihak pendakwaan telah menarik balik rayuan agar dikenakan hukuman lebih berat...

100 Ejen Berdaftar Pos...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Pos Malaysia serta syarikat-syarikat telekomunikasi...

PAS Cadang M’sia Bina...

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan agar Malaysia membangunkan sebuah taman...

Henti Desak Muhyiddin Letak...

BERA - Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini, meminta...

Zaman Mahathir Usah Mimpi, Naik Gaji Pun RM5 Aje

INSAF… Kakitangan awam jangan bermimpi hendak menikmati ‘buah tangan berbakul-bakul’ jika mereka berkhidmat ketika zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri dahulu.

Malahan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda berkata, semakan penyelarasan gaji penjawat awam dilaksanakan pemimpin itu juga boleh dibilang dengan jari.

Jelas beliau, sudahlah semakan amat jarang sepanjang 22 tahun tersebut, bahkan kenaikan tahunan yang diberi pun agak rendah dengan ada hanya pernah dapat RM5 sahaja berbanding era Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini.

Beliau malahan terkejut besar kerana pengumuman kenaikan pada hari ini oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu sebenarnya adalah kali keempat diterima kakitangan awam selepas tahun 2013, 2016 dan 2017.

Sehubungan itu ujar Azih, seluruh penjawat awam persekutuan amat bersyukur dengan keprihatinan Najib sendiri termasuk menerusi pemberian sembilan insentif kerana bukan semua ketua kerajaan akan bersikap seperti beliau.

“Memang kami pernah ada mengemukakan beberapa permintaan kepada pihak kerajaan mengenai isu kenaikan gaji untuk penjawat awam, tetapi saya tidak sangka pula Perdana Menteri mahu memberi lebih daripada apa diminta.

Baca: Rakyat Kini Sudah Tidak Rindu Zaman Mahathir

Juga: Sindir Mahathir Bawa Budaya Melayu Mudah Lupa

“Bahkan kakitangan kontrak pun mendapat manfaat. Saya pun terkejut. Saya seolah-olah bermimpi ketika dengar pengumuman itu dan percayalah kesemua insentif itu tidak pernah diterima pada zaman dahulu,” kata Azih.


Sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 di Putrajaya hari ini, Najib membuat kejutan apabila mengumumkan bersetuju beri kenaikan gaji kepada semua penjawat awam bersamaan satu kenaikan gaji tahunan.

Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion berkuat kuasa mulai 1 Julai depan. Selain itu, terdapat lapan lagi ‘buah tangan’ Najib yang diakui merupakan khabar gembira buat golongan tersebut termasuk pesara.

Ini sekali gus tangkis tohmahan jahat pembangkang konon Malaysia muflis waima Najib tiada hasrat ‘buang’ jutaan kakitangan sebagaimana mahu dilakukan Pakatan Harapan jika berkuasa konon penjawat awam ialah kucing kurap!

Sementara itu, Azih berkata, pengumuman Perdana Menteri secara tidak langsung membolehkan 1.6 juta staf awam dan 800,000 pesara kerajaan menarik nafas lega untuk berdepan dengan trend peningkatan kos sara hidup semasa.

Justeru kata beliau, menjadi tanggungjawab semua penjawat awam untuk menzahirkan penghargaan dengan beri sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepemimpinan kerajaan yang sedia ada. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori