Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di Perak...

TELUK INTAN: Bilangan mangsa banjir di Perak menurun sedikit kepada 108 orang membabitkan...

Pembantu Warden Madrasah Masih...

KOTA TINGGI - Pembantu warden Madrasah Tahfiz Al Jauhar, tempat Allahyarham Mohamad Thaqif...

Budak Kecil Pandu SUV...

DUA kanak-kanak di Amerika Syarikat bertekad untuk pulang ke rumah nenek mereka ketika...

Agong: Pegawai Muda Proaktif...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V mengingatkan pegawai muda Angkatan...

Zambry Mohon Perkenan Sultan Bubar Dun Esok

IPOH – Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dibubarkan esok bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Zambry berkata beliau akan menghadap dan memohon perkenan pembubaran DUN daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pagi esok.

“Seperti yang diumumkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai pembubaran Parlimen berkuat kuasa esok) sebentar tadi, kita akan turut sama bubar Dewan Undangan Negeri dan saya telah maklumkan kepada pejabat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak untuk menghadap Sultan Perak.

“Ia akan diikuti tarikh (pembubaran) seperti mana yang telah diumumkan perdana menteri,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang terakhir di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini hari ini.

Tarikh akhir DUN Perak terbubar adalah 27 Jun ini.

Pada pukul 12 tengah hari tadi, Najib mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuat kuasa esok bagi membolehkan PRU14 diadakan.

Zambry berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, beliau dan exco kerajaan negeri telah melaksanakan yang terbaik sepanjang menakhoda pentadbiran negeri Perak.

“Terima kasih atas sokongan rakyat yang begitu kuat dengan sama-sama memastikan Perak dapat maju ke hadapan dan seiring dengan negeri lain.

“Terima kasih juga kepada jabatan kerajaan serta kakitangan awam yang sama-sama menjayakan matlamat Perak Amanjaya. Selama lima tahun kita bekerja dalam satu pasukan saya rasa bangga dengan pembentukan pasukan yang begitu mantap untuk membawa Perak di persada Malaysia dan juga antarabangsa,” katanya.


Dalam pada itu, Zambry yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata BN Perak akan melancarkan manifesto selepas majlis pelancaran majlis manifesto di peringkat kebangsaan di ibu negara pada esok, namun beliau tidak memaklumkan tarikhnya.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN. Pada PRU-13, BN menang 31 kerusi, DAP (18) manakala PKR dan PAS masing masing memenangi lima kerusi.

PAS bagaimanapun kehilangan satu kerusi apabila anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Bagi kerusi Parlimen, pada pilihan raya umum lepas, BN memenangi 12 kerusi, DAP (tujuh), PKR (tiga) dan PAS (dua).

DAP hilang satu kerusi apabila calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014. – BERNAMA

Kategori