Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Siasatan Kes Cabul: Pegawai...

SEREMBAN - Seorang pegawai penyelidik kepada exco kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan dipanggil memberi...

Pendakwaan Panggil Dua Saksi...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah...

PBNJ Terima Kunjungan Borussia...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menerima kunjungan wakil...

Jemaah Sebak Doa Dibaca...

SEBAK... Suasana jemaah solat fardu Zuhur di Jalan Raja berdepan dengan Bangunan Sultan...

Ziana Zain Terus ‘Kunci Mulut’ Soal Rumah Tangga

DIVA Pop, Ziana Zain merupakan satu nama yang cukup terkemuka di Malaysia dan jauh sekali terpalit dengan mana-mana kontroversi atau gosip yang kurang enak.

Namun baru-baru ini, penyanyi ini menjadi bualan hangat netizen apabila suaminya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya sehingga luka lebam pada 25 Februari lalu.

Bagaimanapun, Ziana lebih selesa mengambil pendekatan untuk mengunci mulut daripada memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara itu.

Malah di saat orang ramai terkejut berhubung perkara tersebut, pelantun lagu Puncak Kasih itu pula hanya berdiam tanpa memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Sumber berkata, meskipun diasak berkali-kali oleh para wartawan untuk mendapatkan kenyataan, namun Ziana tetap berpegang pada prinsipnya enggan mendedahkan hal-hal berkaitan rumah tangganya dengan suami.

“Maaf, tiada komen. Tiada komen buat masa ini. Tiada komen ya,” kata Ziana ringkas dipetik sebuah portal online.


BACA : Ziana Failkan Perceraian, Armin Pula Tidak Setuju

Bahkan, untuk dapat kepastian berhubung kesahihan beliau memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu turut menemui ‘kegagalan’ apabila Ziana hanya jawab ‘tiada komen’ diiringi dengan senyuman.

Ziana dan Armin bernikah pada 9 Mei 1998 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Memetik sumber, difahamkan perkahwinan pasangan ini mencatat sejarah tersendiri kerana ia diadakan secara terbuka dengan kehadiran ribuan peminat yang ingin menyaksikan detik istimewa itu.  – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori