Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PPBM N.Sembilan Terpaksa Dibubar...

HANCUR... Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Pakatan Harapan (PH) malu...

Lelaki Cedera Di Kaki...

BACHOK: Seorang lelaki cedera pada bahagian kaki selepas dipercayai terkena satu das tembakan...

Impian Kanak-Kanak Mahu Jadi...

KUALA LUMPUR - Impian seorang kanak-kanak yang disahkan menghidap penyakit sistem imun atau...

Malaysia Terajui MOST IGC...

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul...

10 Rumah Kedai Musnah Dijilat Api Di Pokok Sena

ALOR SETAR – Sederet 10 rumah kedai berhampiran Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad, Pokok Sena dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, api marak menyebabkan rumah kedai dua tingkat kelas C musnah sepenuhnya namun tidak melibatkan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang Muhammad Nurul Iman Mohamad Rawi berkata operasi melibatkan 20 anggota bersama lima jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.09 pagi.

“Bomba tiba kira-kira 11 minit kemudian dan telah membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa yang terlibat sebelum menjalankan kerja pemadaman dari arah hadapan dan belakang rumah kedai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kebakaran yang melibatkan semua rumah kedai yang diperbuat daripada kayu dan papan itu berjaya dikawal 30 minit kemudian dan kerja-kerja pemadaman masih dijalankan.


Punca kejadian serta jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan. – BERNAMA

Kategori