NIBONG TEBAL – Lebih 100 anggota DAP hari ini mengumumkan mereka keluar daripada parti pembangkang itu dan mahu menyokong Barisan Nasional (BN).
Jurucakap kumpulan itu V.Govin berkata mereka bertindak demikian selepas kecewa dengan kesanggupan DAP menggunakan logo PKR untuk bertanding pada Pilihan Raya Umun Ke-14 dan bukannya logo parti itu.
“Kami membantu kemenangan DAP sejak 2008 tetapi kami sangat kecewa dengan perkara ini…oleh itu, kami mahu menggugurkan keahlian kami daripada DAP,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Govin berkata mereka juga kecewa kerana pucuk pimpinan bekerjasama dengan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang menentang parti itu selama 22 tahun semasa menjadi perdana menteri.
“Kami akan menyokong BN,” katanya sambil memuji pentadbiran dan pembangunan yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA