Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki Warga Nepal Ditahan...

MELAKA - Polis berjaya menahan seorang lelaki warga Nepal selepas kira-kira dua jam...

3,170 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 3,170 kes baharu positif Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan...

Video: Keluar Steering Lock...

MASIH ingat insiden 'Kiki The Steering Lock' yang pernah mencetuskan kontroversi beberapa tahun...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Mangsa banjir di Pahang terus meningkat kepada seramai 376 orang yang...

140 Juadah Ditawar Hotel MITC Sempena Ramadan

SEBANYAK 140 juadah beraneka jenis ditawarkan oleh Hotel MITC di Ayer Keroh kepada pengunjung sepanjang bulan Ramadan ini.

Tawaran tersebut diumumkan sempena pelancaran menu buffet Citarasa Ramadan Tradisi Chef Rahim kepada orang ramai yang berbuka puasa di hotel itu mulai 18 Mei lalu.

Lapor akhbar tempatan, lebih tujuh jenis hidangan ditawarkan berkonsepkan warung bagi menghidupkan kemeriahan suasana Ramadan di Hotel MITC.

Pengurus Besar Hotel MITC, Sazali Sabri berkata, promosi bufet itu ditetapkan dengan harga yang berpatutan iaitu RM65++ bagi dewasa dan RM25++ kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Tawaran tersebut berlangsung sehingga 13 Jun depan bermula pukul 6.30 petang hingga 9 malam.

“Pakej berbuka puasa sama ada persendirian atau korporat juga turut ditawarkan kepada pelanggan yang ingin meraikan anak-anak yatim dan kita menyediakan ruang yang boleh meliputi 100 hingga 400 orang.

“Harga diskaun juga akan diberikan sekiranya pelanggan membuat tempahan lebih awal,” katanya semasa pelancaran Bufet Ramadan itu.


Majlis Pelancaran menu buffet Citarasa Ramadan Tradisi Chef Rahim yang diadakan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pihaknya turut menyediakan konsep makan di dalam taman malah kolam renang yang terletak bersebelahan Halaman Brisu (Brisu Courtyard) juga dibuka untuk kanak-kanak pada waktu malam.

“Bagi mereka yang ingin menikmati moreh selepas tarawih boleh singgah di Asahan Coffe Bar hotel ini yang menyediakan set moreh bermula dari RM15++ sahaja,” ujarnya.

Orang ramai yang berminat untuk menikmati juadah yang disediakan boleh membuat tempahan awal.

Maklumat lanjut dan tempahan juadah berkenaan bufet Ramadan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-2331551. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori