Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

CCTV Di Bilik Kebal...

KUALA LUMPUR - Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) pada 526 buah bilik kebal...

Pengundi Sabah, Sarawak Pilih...

KUALA LUMPUR – Sikap keterbukaan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam berdepan isu...

Derma Arab Saudi Hanya...

KUALA LUMPUR - Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah...

Adenan Satem, Wadah Bagi...

KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan wadah bagi penduduk...

170kg Daun Ketum Bernilai RM15,300 Dirampas

ALOR SETAR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Pasukan Rondaan Batalion Kedua Rejimen Renjer DiRaja (2RRD) merampas 170 kilogram daun ketum bernilai RM15,300, kira-kira 6 petang semalam.

Panglima 6 Briged, Brig. Jen. Abdul Aziz Ismail berkata pasukan tersebut menemukan tujuh guni berwarna putih yang dipercayai hendak diseludup ke negara jiran itu di sekitar kawasan rondaan berhampiran Pos Sahara.

“Hasil pemeriksaan berjaya merampas lebih kurang 1,500 ikat daun ketum seberat 170kg dengan anggaran nilai RM15,300.

“Penyeludupan daun ketum ke negara jiran ini semakin berleluasa disebabkan permintaan dan harga yang tinggi yang mana sekilogram daun ketum berharga RM90,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Aziz berkata daun ketum yang dirampas itu telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Nerang untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori