Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Berita Pelawak Pie Sudah...

KHABAR angin yang mendakwa pelakon komedi, Shafiee Jaafar atau mesra disapa Pie telah...

Aliran Trafik K.Kangsar Ke...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari Kuala Kangsar menghala ke...

Pasangan Kekasih Maut Kemalangan...

Kuala Terengganu : Sepasang kekasih maut selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan...

Jabatan Kehakiman Kata Ya,...

JABATAN Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan...

19 Nelayan Vietnam Ceroboh Perairan Negara Ditahan

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran dalam Operasi Darul Iman, dua hari lepas.

Pengarah Maritim Kuala Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata tangkapan pertama dibuat pada 7.16 pagi iaitu kira-kira 73 batu nautika dari Kuala Terengganu manakala bot kedua ditahan pada 8 pagi, hari sama.

“Kedua-dua bot dipercayai masuk ke perairan negara bersama-sama tiga hari sebelum ditahan, berdasarkan pada hasil tangkapan. Berlaku sedikit adegan kejar mengejar apabila bot kedua yang menyedari rakannya ditahan cuba melarikan diri sebelum berjaya ditangkap.

“Namun untuk melepaskan diri, dua tekong yang berumur 49 dan 51 tahun itu cuba menyogok anggota APMM dengan wang tunai RM1,000. Cubaan itu, bagaimanapun gagal,” katanya ketika ditemui di Pejabat Maritim DM9 di sini hari ini.

Turut ditahan 17 awak- awak berumur antara 14 dan 54 yang berada di atas kedua-dua bot itu dengan 13 daripadanya tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.


Beliau berkata jumlah rampasan termasuk dua bot, peralatan, diesel dan tangkapan dianggarkan bernilai RM1.5 juta. – BERNAMA

Kategori