Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

32.5 Peratus Kanak-Kanak Lengkap...

Kuala Lumpur : Sebanyak 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11...

Banjir Kilat Di Batu...

JOHOR BAHRU - Seramai 10 daripada 43 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat...

Abdul Rahim Ketua Polis...

IPOH - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dilantik sebagai...

Lelaki Lemas Ketika Menyuluh...

LABUAN - Seorang petugas di syarikat minyak dan gas dijumpai lemas ketika melakukan...

2 Bot Nelayan Vietnam Ditahan

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran.

Pengarah Maritim DM 9 Negeri Terengganu Kapten Maritim Rahim Ramli berkata kedua-dua bot itu yang disyaki bot klon dan menggunakan nombor pendaftaran tempatan bertujuan mengaburi mata anggota penguat kuasa ditahan pada tengah malam dan petang hari sama, masing-masing di kedudukan kira-kira 100 dan 31 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Beliau berkata turut ditahan 18 awak-awak termasuk dua tekong warga Vietnam berumur antara 30 dan 40 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Kami percaya bot pertama baru dua hari berada di perairan negara berdasarkan hasil tangkapan ikan yang tidak banyak iaitu 500 kilogram. Bot kedua pula dipercayai baru sehari berlabuh di sini kerana masih belum ada hasil tetapi dipercayai beroperasi menangkap gamat berpandukan peralatan khas yang ditemukan dalam bot mereka.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk dua bot, 5,000 liter diesel dan ikan ialah RM1.5 juta,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat DM 9, di sini hari ini.

Rahim berkata nelayan Vietnam tersebut menggunakan kesempatan musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk menceroboh perairan kerana beranggapan semua anggota penguat kuasa bercuti bagi meraikan kemenangan.


“Mereka (nelayan) juga mengikuti perkembangan tanah air dan mengakui berani memasuki perairan kerana menyangkakan semua pihak sibuk dengan PRU14, malah ada antara mereka ketika disoal siasat memberi alasan mahu mengundi sedangkan sah -sah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri,” katanya.

Semua nelayan tersebut akan direman dua minggu dan bakal didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) dan 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran sah.

Dalam pada itu, beliau berkata pada tahun ini, APMM Terengganu menahan 21 bot warga asing yang beroperasi secara haram dengan 13 daripadanya di Kemaman dan lapan di Kuala Terengganu. – BERNAMA

Kategori