Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

10 Termasuk Pelajar Diberkas...

KUALA TERENGGANU - Sepuluh individu termasuk pelajar dan dua wanita diberkas bersama pelbagai...

Budak 8 Tahun Saksi...

APA agaknya yang dibayangkan oleh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun apabila melihat si...

Suspek Mengaku Letak Patung...

KLANG - Polis menahan seorang lelaki sebagai suspek 2 kejadian penemuan patung berhala...

Tarikh Bicara Kes Ebit...

TENOM - Mahkamah Majistret Tenom di sini pada Jumaat menetapkan 1 hingga 5...

200 Anggota PKR Pulau Pinang Keluar Parti

BUKIT MERTAJAM – Seramai 200 anggota PKR Bahagian Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Bukit Mertajam hari ini mengumumkan keluar parti selepas mendakwa tidak ber puas hati dengan pucuk pimpinan parti berkenaan.

Anggota Jawatankuasa PKR Tasek Gelugor, Mohd Fauzi Hassan berkata mereka mengambil tindakan itu kerana suara mereka tidak didengari pihak pimpinan.

“Di Pulau Pinang, keseluruhannya tidak berubah…sikit pun mereka tak peduli dengan kami. Kami sebagai ahli hanya menjadi perhiasan, tidak ubah seperti tunggul kayu,” katanya kepada pemberita pada sidang berita di Safira Country Club di sini, hari ini.

Mohd Fauzi berkata anggota yang bertindak keluar daripada PKR adalah dari cabang Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Nibong Tebal dan Permatang Pauh.


Selasa lepas, Ketua Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Asrol Sani Abdul Razak bersama-sama 100 anggota parti itu mengumumkan keluar parti selepas kecewa dengan kepimpinan PKR negeri itu. – BERNAMA

Kategori