PRESIDEN Pakistan, Mamnoon Hussain meluluskan tarikh pilihan raya umum Pakistan bakal berlangsung pada 25 Julai ini dengan 100 juta rakyat Pakistan yang bakal membuang undi.
Lapor Aljazeera, kenyataan tersebut diberitahu oleh jurucakap Presiden Mamnoon Hussain yang merupakan tarikh kedua selepas pilihan raya pertama diadakan pada 2013.
Bagaimanapun, Perdana Menteri, Shahid Khaqan Abbasi dan pemimpin pembangkang, Khursheed Shah belum lagi bersetuju berkenaan siapa yang akan menguruskan pilihan raya tersebut.
Negara berusia 70 tahun itu mengalami peralihan kekuasaan demokrasi yang pertama pada tahun 2013 apabila Liga Muslim Pakistan-Nawaz (PML-N) keluar sebagai parti terbesar.
Nawaz Sharif, pemimpin parti itu, telah dilucutkan dari tugasnya sebagai Perdana Menteri oleh Mahkamah Agung pada Julai tahun lepas atas tuduhan terbabit rasuah.
Pilihanraya umum dijangka bakal menghadapi saingan hebat antara PML-N dengan parti Pakistan Tehreek-e-Insaf yang diketuai oleh bekas bintang kriket, Imran Khan.
Sejak dia digulingkan, Sharif dan PML-N telah menjadi semakin bersuara dalam konfrontasi mereka dengan pertubuhan tentera dan mahkamah tentera negara, mendakwa mereka adalah mangsa konspirasi untuk mengurangkan kuasa parti mereka.
Walaupun banyak keputusan mahkamah terhadap PML-N, parti itu telah memenangi beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini yang membuktikan ia mungkin kekal sebagai kuasa yang kuat. – MYNEWSHUB.CC/MIZE