Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zahid Hamidi Akan Ke...

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil semula...

KPM Akan Siasat Pembekal...

KUALA LUMPUR - Belum pun reda isu pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di...

APMM Tahan Bot Disyaki...

TAWAU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan sebuah bot nelayan yang...

Imran Khan Diberi Sambutan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan, yang berada di sini untuk lawatan...

3 Beradik Maut Ditetak Dalam Kejadian Amuk

BAGAN DATUK – Tiga beradik berusia antara dua hingga lima tahun maut selepas ditetak seorang lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah yang mengamuk di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh di Rungkup di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abd Rahman berkata lelaki terbabit yang merupakan kenalan kepada keluarga mangsa telah menceroboh rumah keluarga berkenaan dengan bersenjatakan parang lalu melibas ketiga-tiga kanak-kanak itu Nur Ziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Muhammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, hingga mengakibatkan kematian.

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 petang itu turut mengakibatkan empat lagi parah, termasuk ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, dan kakak sulung ketiga-tiga mangsa Nur Zurin Faziera, 9, seorang murid sekolah yang dikenali Aina, 9 serta seorang guru sekolah dikenali sebagai Ustaz Ridzuan, 40.

“Ketika itu ketiga-tiga mangsa berada di rumah bersama ibu mereka. Ibu mangsa cedera parah setelah ditetak di bahagian ibu jari tangan kiri, muka dan kedua-dua belah peha,” katanya pada sidang media di sini malam ini.

Kata Yahya selepas kejadian pertama itu, suspek berumur 37 tahun itu telah menghala ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad, berdekatan rumah mangsa, dan menyerang tiga lagi mangsa hingga menyebabkan kecederaan kepada mereka.

“Nur Zurin Faziera dan Aina masing-masing cedera dilibas parang di bahagian tangan kanan dan kepala manakala Ustaz Ridzuan luka di pipi kanan dilibas parang,” katanya.

Beliau berkata polis berjaya menahan suspek kira-kira dua jam kemudian, tidak jauh dari kawasan sekolah itu hasil maklumat orang awam dan telah merampas parang digunakan suspek.


“Siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan merupakan rakan sekerja bapa mangsa sebagai pemotong sawit. Kita percaya dia penagih yang sedang berhalusinasi kerana kerana ketika pihak polis menahan suspek, dia lepaskan parang kerana takut,” katanya.

Yahya berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman mulai esok dan mayat ketiga-tiga beradik itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk dibedah siasat.

Sementara itu, seorang penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, lelaki dikenali Rambo itu dimaklumkan baharu sahaja pulang ke kampung berkenaan selepas merantau. – BERNAMA

Kategori