Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Amaran Angin Kencang Dan...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah (Sandakan,...

Video: “Mak Bapak Punya...

"TOLONGLAH pantau aktiviti anak-anak anda ni, kalau dah mampus kena langgar mulalah nak...

Mangsa Banjir Di Perak...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 338 orang daripada 98 keluarga...

Op Selamat 7/2015 Catat...

KUALA LUMPUR - Op Selamat 7/2015 selama 15 hari bermula 10 Julai lepas...

3 Pemain Kongsi Pendahulu Golf MPI Generali

KUALA LUMPUR – Tiga pemain berkongsi kedudukan selaku pendahulu apabila melakukan dua bawah par 70 pada pusingan pembukaan Kejohanan Golf Amatur MPI Generali Saujana 2018 di Saujana Golf & Country Club dekat sini, hari ini.

Ketiga-tiga pemain berkenaan adalah Joshua Ho dari Singapura, Kosuke Hamamoto (Thailand) dan Connor Mckinney (Australia).

Mengulas mengenai saingan hari ini, Ho amat berpuas hati dengan prestasinya dan berazam mencatat keputusan lebih baik pada pusingan kedua, esok.

“Saya bermain agak baik pada sembilan lubang pertama, melakukan birdie di lubang keempat dan ketujuh,” kata pemain dari Singapura berusia 24 tahun itu seperti dipetik dalam kenyataan yang dikeluarkan penganjur, hari ini.

Berkongsi pandangan sama ialah pemain berusia 19 tahun, Hamamoto yang gembira dengan aksinya yang memulakan saingan di lubang ke-10, dengan melakukan pukulan birdie pertama pada lubang ke-14.

Pendahulu Pusingan Pertama:

70 – Joshua Ho (SIN), Kosuke Hamamoto (THA), Connor McKinney (AUS);


71 – Jack McLeod (AUS), Lee Chon Li and Bryan Tan (MAS);

72 – Chun Hao Yang (TPE), Abdul Hadi (SIN), Sadom Kaewkanjana (THA),

Muhammad Afif Mohd Razif (MAS);

73 – Matthew Cheung (HK), Shakiran Johari (MAS) – BERNAMA

Kategori