Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Suntik Silikon Pada Alat...

SEORANG wanita dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menyuntik silikon pada alat sulit seorang...

Dek Satu Foto, El...

SATU demi satu kontroversi melanda pelakon kecil molek Elfira Loy. Bermula dengan isu...

15 ADUN Jumpa Tun...

SEMUA 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) mengadakan...

JTK Panggil Eaglexpress Isu...

PETALING JAYA - Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan memanggil pihak pengurusan Eaglexpress Air...

4 Daerah Di Perak Masih Dilanda Banjir Malam Ini

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sedikit kepada 168 orang daripada 42 keluarga setakat 8 malam, berbanding 152 orang daripada 40 keluarga, pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan, berkata jumlah mangsa meningkat malam ini berikutan terdapat sebuah PPS dibuka di daerah Kerian, melibatkan 22 orang yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Tengah pada 4 petang tadi.

Tiga lagi PPS juga masih dibuka di tiga daerah membabitkan daerah Taiping di Sekolah Kebangsaan (SK) Temelok, Trong, Kampung Temelok, kekal menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Di daerah Manjung juga kekal 48 mangsa daripada 12 keluarga yang ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai, Pantai Remis.

Sementara di daerah Hilir Perak, jumlah mangsa menurun kepada 60 orang daripada 14 keluarga berbanding 66 mangsa daripada 16 keluarga pada pagi tadi, yang ditempatkan di Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di Langkap, kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori