SEKURANG-KURANGNYA empat orang terbunuh sementara kira-kira 12 mangsa lain cedera akibat letupan di tempat simpanan mercun di Galicia, utara Sepanyol.
Bagaimanapun, perkhidmatan kecemasan semalam hanya mengesahkan satu kematian, setakat ini.
Akhbar Faro de Vigo melaporkan, sekurang-kurangnya empat maut. Katanya, letupan itu turut memusnahkan puluhan rumah serta mengakibatkan tingkap bangunan dalam lingkungan jarak empat kilometer dari lokasi kejadian pecah.
Difahamkan, anggota bomba kini sedang memeriksa mangsa maut atau cedera dari rumah ke rumah, kata perkhidmatan kecemasan. – Reuters/myMetro Online