Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Menteri Pertahanan Asean Mesyuarat...

LANGKAWI - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mempengerusikan Mesyuarat...

Tanda Lahir Bentuk ‘Love’...

SEORANG bayi lelaki di Turki dilahirkan dengan keadaan cukup istimewa apabila memiliki tanda...

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah...

ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki dipercayai pengedar dadah kerana memiliki dadah...

25 Fakta Pelik Tapi...

DARIPADA jumlah biri-biri terbanyak dan negara dengan populasi termuda, berikut merupakan 25 fakta-fakta...

5 Cara Berdepan Dengan Kehilangan

BOLEH diperkatakan bahawa trajektori hidup seseorang manusia dari anak kecil dalam buaian hinggalah ke alam kubur dipenuhi dengan pengalaman yang melibatkan kehilangan.

Semakin kita membesar, semakin banyak benda yang kita hilang, baik perkara kecil atau besar, sehinggalah kita menghadapi kehilangan paling besar di akhirnya iaitu kematian.

Kehilangan merupakan suatu komponen kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Persoalan utamanya adalah bagaimana kita menempuh dan berhadapan dengan perkara ini?

Lebih-lebih lagi, faktor kehilangan sesuatu ini kadang-kala tidak boleh dikawal dan telah ditetapkan oleh takdir.

Sebagai contoh, ada segelintir manusia yang menghadapi kehilangan sejak usia muda dan mengalami kehidupan yang serba kekurangan.

Ini boleh dilihat melalui kanak-kanak di negara bergolak yang kehilangan ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan tempat tinggal dengan sekelip mata.

Di sisi lain spektrum itu pula terdapat mereka yang mempunyai kehidupan yang sangat baik, apabila segala perkara dalam kehidupan mereka berjalan dengan lancar.

Situasi dua kehidupan berbeza ini sebenarnya boleh diumpamakan seperti membeli tiket loteri di mana semua yang berlaku bergantung kepada nasib.

Kehilangan ini dilihat sebagai suatu benda yang sukar dielakkan dan juga sebahagian lumrah kehidupan. Ini menyebabkan tiada hanya satu cara sistematik dan berkesan yang boleh digunakan untuk berdepan dengan kehilangan.

Namun begitu, melalui satu catatan oleh seorang pakar psikologi, Clifford N. Lazarus, terdapat beberapa tips berguna yang boleh meredakan kekecewaan dan menyembuhkan keperitan emosi akibat kehilangan seseorang atau sesuatu.

1. Berdepan dengan masalah bukannya mengabai dan menafikannya

Tidak dinafikan, sekiranya seseorang itu mengalami kehilangan yang besar orang yang tersayang, mereka seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan hanya mahu bersendirian.

Setiap orang mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk berdepan dengan sesuatu masalah atau konflik. Bagaimanapun, mengurung diri sendiri di dalam bilik hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Seseorang yang mempunyai masalah untuk berdepan dengan kehilangan juga dinasihatkan untuk mengelak daripada mengambil dadah dan alkohol untuk menenangkan diri ketika bersedih.

Malah, sikap sesetengah orang yang lebih selesa keluar dari ā€˜kesengsaraanā€™ dengan tidur berlebihan dan meluangkan masa yang lama di internet juga boleh menyebabkan mereka terdedah kepada ketagihan atau kemurungan.

2. Kongsi masalah dengan orang lain

Perkara ini dilihat sedikit klise namun ia amatlah penting dalam memastikan kesihatan mental seseorang itu berada dalam keadaaan yang baik.

Apabila menceritakan masalah yang dihadapi kepada orang lain, ia mampu membantu otak dan minda untuk memproses kehilangan selain membolehkan seseorang itu berjaya sembuh dengan lebih cepat.


Biarpun berinteraksi dengan orang lain sangat membantu, adalah mustahak untuk tidak berbincang mengenai perkara itu sepanjang masa kerana ia boleh memberikan kesan yang negatif terhadap mental anda dan membuatkan orang lain rasa menyampah.

3. Ingatkan diri perkara penting dan bermakna dalam hidup

Kehilangan orang tersayang atau sesuatu perkara yang besar dalam hidup boleh menyebabkan kemurungan. Justeru, positifkan diri anda dengan memikirkan perkara yang memberi makna dalam kehidupan anda.

Menerusi catatan Lazarus lagi, apa yang boleh dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah emosi daripada satu kehilangan besar adalah dengan membuat satu senarai mengenai perkara-perkara yang menggembirakan anda.

Ini boleh dilakukan dengan membuat senarai mengenai perkara-perkara baik yang anda hargai selain cuba mengingatkan bahagian kehidupan anda yang paling positif.

Cara ini membantu anda memfokuskan minda anda terhadap perkara yang masih wujud dalam kehidupan dan tidak berpegang kepada sesuatu yang telah tiada.

4. Alihkan perhatian dengan melakukan aktiviti yang menyeronokkan

Tulis catatan Lazarus itu, dengan membuatkan diri anda sibuk, ia akan membantu anda menerima kehilangan yang berlaku dengan lebih cepat.

Selain itu, melakukan aktiviti yang menyeronokkan juga boleh mencegah kesedihan mendalam melalui proses yang dikenali sebagai ā€˜behavioral activationā€™ yang telah terbukti berkesan mengatasi kemurungan.

5. Jumpa pakar terapi

Ini merupakan langkah akhir yang boleh digunakan sekiranya seseorang itu masih mengalami kemurungan selepas kehilangan sesuatu yang besar.

Dengan berjumpa mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang psikologi ini, seseorang yang mengalami masalah emosi ini akan dibantu untuk melepaskan sesuatu perasaan negatif itu.

Pakar-pakar ini juga akan menolong anda membuat perdamaian dengan segala perkara yang telah hilang tanpa risiko anda menghadapinya berseorangan atau membebankan keluarga dan rakan-rakan.

Akhir kata, kehilangan sesuatu atau seseorang ini boleh melukakan mental dan emosi sesiapa sahaja. Jangan malu untuk dapatkan bantuan dari keluarga dan rakan-rakan rapat dalam menghadapi perkara ini.

Selain itu, pastikan anda tidak cuba melakukan perkara-perkara yang tudak membantu kesihatan mental seperti duduk berseorangan dan mengelak daripada berjumpa dengan sesiapa.

Ingat, setiap penyakit pasti ada ubatnya. ā€“ Psychology Today/MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori