Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Dulu Kritik, Kini Ahli...

AMSTERDAM - Bekas anggota parti berhaluan kanan pimpinan ahli politik anti-Islam, Geert Wilder...

Aduan Dadah, Rumah Remy...

SEBELUM ini pelakon Remy Ishak dilaporkan menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus...

270 Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak kekal seramai 270 orang setakat pukul...

Polo: KJ Sumbang Emas...

PUTRAJAYA – Malaysia berjaya menewaskan Thailand 9-8, sekali gus mengulangi pencapaian pingat emas...

5 Sekeluarga Maut Dalam Viva Dihimpit Bas, Treler

NGERI… Kemalangan di Jalan Oya, Sibu membabitkan lima buah kenderaan mengakibatkan lima sekeluarga maut apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mereka tersepit antara sebuah lori treler dan sebuah bas ekspres semalam.

Lapor Astro Awani, mangsa maut adalah pemandu Viva Gelunsin Anak Sugi, 44, isterinya Alfreda Anak Do, 33, serta tiga anak mereka Annatasia Ulas, 15, Camilla Angel, 10, dan Richmont Mumin yang dipercayai berusia empat tahun.

Nahas tersebut berlaku di Kilometer 49 Jalan Sibu-Bintulu kira-kira 3.45 petang.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Supt. Alexson Naga Chabu berkata Perodua Viva yang dinaiki kesemua mangsa dalam perjalanan dari Sibu ke Bintulu, dilanggar sebuah lori treler yang hilang kawalan dari arah belakang.

“Kereta Perodua Viva itu kemudian melanggar sebuah Toyota Hilux yang berada di hadapannya menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu terlanggar kereta Proton Saga di hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, pelanggaran tersebut menyebabkan kereta Perodua Viva terbabit memasuki lorong bertentangan lalu dilanggar sebuah bas ekspres yang datang dari arah Bintulu.

Orang ramai di sekitar kawasan tersebut yang mendengar suara dan jeritan mangsa meminta bantuan berusaha mengeluarkan mangsa namun tidak berjaya.


“Saya bersama beberapa pengguna lalu lintas lain kemudian bergegas cuba mengeluarkan mangsa, namun sukar kerana mereka tersepit. Sebak saya mendengar tangisan kanak-kanak menahan kesakitan sebelum lama-kelamaan tangisan itu senyap,” katanya salah seorang saksi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Alimat Sam memberitahu satu pasukan dengan kekuatan sebuah jentera EMRS dan sebuah jentera utiliti dengan kekuatan 12 anggota dan seorang pegawai kanan dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.48 petang.

Anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mayat kesemua mangsa dalam Viva berkenaan.

Kesemua mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pada 5.45 petang dan telah dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori