Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Auntie India Ini Lipat...

SIFAT saling hormat menghormati orang lain tanpa mengira bangsa dan agama perlu diterapkan...

ESSCom Buru Dalang Penyeludupan...

LAHAD DATU - Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) giat memburu...

SKMM Kaji Kaedah Tangani...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji kaedah untuk...

Umat Islam Dilarang Pelihara...

KANGAR - Umat Islam dilarang memelihara anjing di dalam rumah tanpa alasan yang...

5,652 Polis P.Pinang Bertugas Hari Pengundian Esok

GEORGE TOWN – Seramai 5,652 anggota polis ditugaskan di seluruh Pulau Pinang bagi memastikan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok berjalan lancar.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata anggotanya juga akan memastikan keselamatan pengundi di semua 1,669 saluran mengundi di negeri ini, yang dibuka mulai 8 pagi.

“Kami tidak mahu sesiapa pun takut untuk keluar mengundi. Kami harap situasi kekal aman sehingga selesai PRU14 pada malam 9 Mei,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata daripada 5,652 anggota polis itu, seramai 4,760 adalah anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang yang akan dibantu oleh 22 anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan 20 anggota dari Jabatan Trafik Bukit Aman.

Seramai 157 lagi ialah anggota Pasukan Simpanan Persekutuan, 247 anggota Marin Pulau Pinang dan 446 bantuan sumber manusia, katanya.


Sementara itu, Thaiveegan berkata polis menerima 218 laporan bagi pelbagai kesalahan pilihan raya sejak pembubaran Parlimen hingga semalam.

“Sebanyak 22 daripada laporan itu sedang disiasat antaranya membabitkan kesalahan menakutkan orang dan bendera parti dibuang dan dibakar,” katanya. – BERNAMA

Kategori