Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pengumuman Kabinet Tangguh

PETALING JAYA: Pengumuman senarai Kabinet yang dikata diadakan hari ini ditangguhkan ekoran Perdana...

LHDNM Utamakan Situasi Menang-Menang

Sehingga 31 Julai lalu sahaja seramai 186,346 individu dengan jumlah amaun tunggakan cukai...

Bolehkah Solat Jamak Qasar...

Sakinah.Assalamualaikum kak nur,Semoga kak dan famili dalam sejahtera..Ummu Abbas: Wa’alaikum salam warahmatullah Sakinah....

‘Pendekar’ Roti Canai ‘Beraksi’...

BAGI yang ingin bersarapan dalam suasana unik dan lain daripada yang lain, anda...

6 Lelaki Ditahan Dipercayai Terlibat Kes Pukul

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan enam lelaki dipercayai terlibat dalam kes pukul dua lelaki yang disangka warganegara asing di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya 1 di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kejadian itu berlaku kira-kira 12 tengah hari.

“Kesemua enam lelaki itu berusia lingkungan 21 hingga 27 tahun ditahan kerana bertindak mengasari dua lelaki yang mereka salah anggap sebagai orang asing,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini sebentar tadi.

Beliau turut berkata semua suspek ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan jangan bertindak mengikut emosi. – BERNAMA

Kategori