Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

100 Trak Makanan Disediakan...

BAGAN DATUK - Sebanyak 100 trak makanan akan disediakan untuk peniaga di daerah...

Mahkamah Tetapkan 12 Mei...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 12 Mei untuk sebutan kes rasuah Rosmah Mansor...

Dukacita KDN Enggan Semak...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan dukacita terhadap Kementerian Dalam...

Mangsa Banjir Di N....

SEREMBAN - Jumlah mangsa banjir di Negeri Sembilan meningkat kepada 157 orang setakat...

65 Maut Akibat Strok Haba Di Karachi, Pakistan

ISLAMABAD – Fenomena gelombang panas mengorbankan 65 orang di bandar selatan Pakistan di Karachi sejak tiga hari lalu, kata sebuah pertubuhan kebajikan sosial semalam, di tengah kebimbangan angka kematian mungkin meningkat ketika suhu tinggi berterusan.

Gelombang panas itu secara kebetulan berlaku ketika kuasa elektrik terjejas selain Ramadan. Suhu mencecah 44 darjah Celsius pada Isnin, lapor media tempatan.

Pengasas Edhi Foundation, yang mengendalikan rumah mayat dan perkhidmatan ambulans di bandar terbesar Pakistan, Faisal Edhi berkata, kematian berlaku di kawasan miskin di Karachi.

“Seramai 65 orang maut sejak tiga hari lalu. Kami menyimpan mayat di kemudahan simpanan sejuk dan doktor di kawasan kejiranan berkata, mangsa maut akibat strok haba,” katanya kepada Reuters.

Jurucakap kerajaan bagaimanapun gagal dihubungi untuk mengulas.

Namun Setiausaha Kesihatan wilayah Sindh, Fazlullah Pechuho memaklumkan akhbar bahasa Inggeris, Dawn, tiada seorang pun mati akibat strok haba.


“Hanya doktor dan hospital dapat memutuskan jika punca kematian adalah strok haba atau tidak. Saya menolak mangsa mati akibat strok haba di Karachi,” kata Pechuho.

Namun, laporan kematian akibat strok haba di Karachi akan mencetuskan kekecohan di tengah kebimbangan berulangnya insiden gelombang panas pada 2015 apabila rumah mayat dan hospital dibanjiri sekurang-kurangnya 1,300 mangsa, majoriti warga emas dan individu sakit akibat panas melampau. – Reuters/BH ONLINE

Kategori