Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Krisis Air Bukan Cerita...

KUALA KANGSAR - Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah bahawa krisis bekalan...

Britain Bakal Wujud Cukai...

LONDON - Kerajaan Britain buat julung kali akan mengenakan cukai gula ke atas...

Gurau Senda Permaisuri Agong...

KUALA LUMPUR – Daripada bermain muzik di jalanan, kumpulan Caliph Buskers kini tidak...

Kes Bunuh Cikgu Istiqomah:...

ALOR GAJAH - Polis mengesahkan suspek yang direman berhubung kes pembunuhan Cikgu Istiqomah...

7 Laporan Polis Berkaitan Kesalahan Pilihan Raya Di Miri

MIRI – Polis menerima tujuh laporan berkaitan pelbagai kesalahan pilihan raya yang berlaku semasa tempoh berkempen bagi dua kawasan Parlimen di sini.

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah berkata siasatan sedang dilakukan berkaitan tiga laporan tersebut iaitu dua melibatkan kes mengoyak poster dan satu kes membabitkan kes pecah pondok parti bertanding manakala empat kes mendapati tiada kesalahan dilakukan.

“Dua kes dilaporkan berlaku di Parlimen Miri dan satu di Parlimen Sibuti,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ruai Kenyalang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, satu daripada pusat pengundian awal untuk Parlimen Miri dan Sibuti hari ini.

Mengenai perjalanan pengundian awal, beliau berkata setakat pagi tadi proses pengundian awal berjalan lancar tanpa sebarang masalah berlaku.

Sebagai rekod, Parlimen Miri akan menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menentang penyandang Dr. Michael Teo Yu Keng daripada PKR sementara bagi Parlimen Sibuti melibatkan persaingan tiga penjuru iaitu calon termuda BN Sarawak, Lukanisman Awang Sauni yang berdepan cabaran calon PAS, Zulaihi Bakar dan calon PKR, Jemat Panjang. – BERNAMA

Kategori