Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah sedikit berbanding dolar US dalam dagangan awal hari...

Tersungkur Di Ladang Sawit

KOTA TINGGI - Dua penjenayah paling dikehendaki ditembak mati dalam kejadian di ladang...

Wanita Tinggal Di KFC...

Kekecewaan ditinggalkan kekasih hati sememangnya pedih dan perit bagi yang pernah mengalami hingga...

Gelandangan: NGO Ingin Salur...

KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menyumbangkan bantuan kepada golongan...

72 Beg Berisi Wang Tunai, Barang Kemas Dirampas

KUALA LUMPUR – Polis merampas sebanyak 72 beg mengandungi wang tunai, barang kemas dan barangan berharga dalam pemeriksaan di satu unit kondominium mewah di Pavilion Residence Apartments, Bukit Bintang di sini, tengah malam tadi.

Selain itu, polis turut merampas 284 kotak mengandungi beg tangan berjenama seperti Hermes dan Birkin.

Bercakap pada sidang di lobi kondominium itu awal pagi ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, berkata pemeriksaan dan rampasan itu berkaitan dengan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, jumlah wang tunai dan nilai rampasan di kondominium yang dimiliki individu bergelar Tan Sri,

belum dapat dipastikan kerana masih dalam siasatan, namun mengesahkan jumlahnya besar.

JSJK turut membawa mesin pengira wang dipercayai untuk mengira wang tunai berkenaan.

“Kondominium berkenaan adalah satu daripada enam lokasi pemeriksaan yang dilakukan serentak sejak dua hari lalu,” katanya.

Lokasi lain yang turut diperiksa ialah Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri serta empat kediaman persendirian Datuk Seri Najib Razak.


Amar Singh berkata pihaknya turut merampas dokumen berkaitan siasatan 1MDB di Pejabat Perdana Menteri dalam operasi berkenaan.

Katanya, pihaknya melakukan pemeriksaan itu selepas mendapat waran geledah daripada mahkamah.

“Ketika pemeriksaan dilakukan, tiada penghuni di dalam unit kondominium berkenaan,” katanya.

Terdahulu, lima trak polis digunakan untuk memunggah barangan yang dirampas di kondominium berkenaan mulai jam 12.13 tengah malam tadi. – BH ONLINE

Kategori