Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bizzakat Bantu Promosi Perniagaan...

KUANTAN - Aplikasi BizZakat.my yang dibangunkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam...

Tunggang Motosikal Ke Balai...

BEIJING - Seorang lelaki yang ditikam dengan pisau sepanjang 20 sentimeter (cm) pada...

Kes Pengedaran Dadah Hampir...

KUANTAN - Polis Pahang menumpaskan kegiatan pengedaran dadah di Kuantan dan Maran dengan...

Kelantan Tegas Dengan Pemain...

KUALA LUMPUR - Mana-mana pemain import yang mempersembahkan prestasi kurang memuaskan akan ditamatkan...

79 Terbunuh, Ratusan Cedera Ribut Pasir Di India

SEKURANG-KURANGNYA 79 orang maut dan ratusan cedera dalam ribut pasir yang melanda di kawasan utara dan barat negara itu semalam dengan kelajuan angin 59 kilometer sejam.

Lapor Hindustan Times, kemalangan jiwa yang berlaku semasa insiden berkenaan dipercayai akibat dihempap tiang elektrik, pokok besar dan diding rumah yang runtuh.

Angka korban kematian dicatatkan di Uttar Pradesh sekurang-kurangnya 46 orang, manakala di Rajasthan lebih 40 orang dengan wilayah Aqra mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 36 orang maut dan angka kematian dijangka meningkat di dua kawasan berkenaan.

Kejadian yang berlaku selama dua jam pada jam 7 malam itu bagaimanapun tidak menjejaskan mercu tanda bersejarah, Taj Mahal yang terletak di bandar Agra.

Pesuruhjaya bahagian Bharatpur, Subir Kumar berkata pampasan sebanyak Rs 50,000 (RM2,945) akan diberikan kepada keluarga mereka yang terbunuh dalam bencana alam tersebut.


Sementara itu, di wilayah Narayan Bagar, Uttarakhand mengalami hujan lebat yang berterusan sehinggakan beberapa kenderaan terperangkap di Lebuh raya Badrinath kerana berlaku runtuhan.

Manakala kawasan di Nainital, Haldwani dan beberapa lokasi terpencil lain mengalami gangguan bekalan air dan elektrik berhubung ribut yang melanda negara tersebut.

Sehingga kini, pasukan penyelamat sedang giat melakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa ribut berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori