Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Noor Rashid Yakin Telah...

KUALA LUMPUR ā€” Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yakin...

Polis Tahan Remaja ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“PailangƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢...

Semalam kami ada siarkan video viral seorang remaja dibuli rakan sebaya di sebuah...

VIDEO: Memori ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‹Å“Chow Kit...

PUTRAJAYA - Konsert Chow Kit Road 2.0 yang dijadual diadakan di Jalan Tuanku...

Daniel Radcliffe Dapat Bintang...

DARI siri filem fiksyen popular Harry Potter, kini pengaruh Daniel Radcliffe dalam industri...

8 Kenderaan Kemalangan, ‘Hujan Durian’ Atas Jalan

NAHAS membabitkan lapan buah kenderaan menyebabkan durian dibawa sebuah lori bertaburan di atas jalan raya di persimpangan lampu isyarat Sri Medan, Batu Bahat, Johor semalam.

Kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 11.15 pagi itu melibatkan lapan buah kenderaan datang dari arah Batu Pahat menghala Yong Peng termasuk lori yang membawa muatan kayu dan durian itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, punca kejadian didapati berlaku akibat sebuah lori yang mengalami masalah brek di persimpangan lampu isyarat tersebut.

ā€œKetika tiba di tempat kejadian kesemua kenderaan dalam keadaan perlahan dan hampir berhenti, namun tiba-tiba brek lori tersebut dipercayai tidak berfungsi sebelum hilang kawalan.

ā€œLori yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun itu kemudian melanggar sebuah kenderaan di hadapannya lalu menyebabkan kesemua kenderaan berlanggar dan bertembung antara satu sama lain,ā€ katanya pada akhbar tempatan.

Tambah Abdul Wahib, cuaca amat baik ketika kejadian termasuk permukaan jalan kering langsung tidak boleh diambil kira sebagai faktor kemalangan tersebut.


Kes terbabit disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan kepada media berapa kos kerugian akibat dari kemalangan terbabit termasuk durian yang bertaburan di atas jalan itu.Ā ā€“Ā MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori