Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Belum Ada Cadangan Menarik...

KUALA LUMPUR - Keputusan pemilihan rakan strategik baharu untuk syarikat penerbangan negara, Malaysia...

Mimi Lana Nafi Mengedar...

KECOH dunia hiburan tempatan apabila pelakon baru, Mimi Lana ditahan pihak polis baru-baru...

Beto Kusyairy Dah Buka...

KALAU cakap soal 'pelakon kayu', mesti kita akan terus terfikirkan Fattah Amin kan?...

Terlalu Leka Main Telefon...

SEORANG lelaki yang terlalu lalai dan leka bermain dengan telefon pintarnya semasa berjalan...

“Abang Sihat, Sakit Pun Sikit Sahaja” – Mr. Grey

KECOH baru baru ini apabila hero drama Mr. Grey iaitu Fendy Bakry sekali lagi dikejarkan ke hospital untuk dapat rawatan kerana kesihatannya dikatakan semakin merosot di tahap serius.

Ekoran itu, orang ramai khasnya netizen ‘mak cik bawang’ mula tertanya-tanya serta membuat pelbagai spekulasi liar berhubung hal berkenaan sehinggakan ada yang mendakwa pelakon itu kini koma dan tenat di hospital.

Namun, pengurusnya iaitu Fadzil Zahari tampil menafikan dakwaan itu dan memberitahu Fendy sudah dibenarkan keluar hospital selepas menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Isnin lalu.

Baca: Fadzil Sangkal Dakwaan Fendy Sedang Nazak

Untuk menguatkan lagi kenyataan tersebut, tuan empunya badan sendiri pula tampil menjelaskan perkara sebenar dan menyangkal dakwaan kononnya sedang tenat.

Fendy atau nama sebenarnya Mohd. Affandi Nor Bakri berkata, dia menafikan dirinya sakit teruk dan tenat sepertimana yang hangat diperkatakan.

“Assalamualaikum kesayangan abam (abang). Untuk makluman semua, abam sihat saja di sini. Sakit pun sikit saja, tidak sampai teruk macam yang hampa (anda) tengok. Ironman pun boleh sakit, takkan abam yang macam ni tidak boleh sakit.

“Cuma sekarang, mendoakan yang baik-baik untuk abam. İnsyaAllah abam okey. Jangan dengar berita dari mana-mana. Hampa pun tidak tahu kadang berita itu kena atau tidak,” ujarnya dipetik Harian Metro.


Hero drama Mr. Grey, Fendy Bakry.

Sehubungan itu, dia menyeru kepada para peminat agar tidak mempercayai cerita yang tersebar dan berjanji untuk berkongsi cerita sebenar membabitkan kesihatan dirinya.

“Tidak mengapa, esok-esok abam sudah betul-betul sihat abam akan cerita kepada hampa. Sekarang ini pun abam hanya memerlukan rawatan dan bukan untuk dilawat. Kalau nak bagi hadiah, tidak perlu bersusah payah. Kirimkan doa saja. Itu pun sudah besar rahmat,” katanya lagi.

Juga: ‘Mr. Grey’ Jatuh Sakit, Balik Kampung Untuk Berubat

Lagi: Tahap Kesihatan ‘Mr. Grey’ Makin Baik, Ansur Pulih

Terdahulu, Fendy dilaporkan mula mengalami sakit kepala dan badannya juga lemah sehingga tidak mampu untuk membuat apa-apa pekerjaan ketika menjalani penggambaran.

Disebabkan itu, pelakon berkenaan mengambil inisiatif menjalani rawatan alternatif dengan berubat cara kampung di kediaman keluarganya di Perlis. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori