RANGKAIAN ABC Walt Disney Co. membatalkan siri komedi popular ‘Roseanne’ hari ini, selepas bintang utamanya, Roseanne Barr membandingkan bekas pegawai pentadbiran Obama dengan beruk dalam satu mesej yang dimuat naik di Twitter.
“Kenyataan Roseanne di Twitter itu adalah jijik, kejam dan tidak konsisten dengan nilai-nilai kami, dan kami memutuskan untuk membatalkan program itu,” kata Presiden ABC Entertainment, Channing Dungey dalam satu kenyataan. – Reuters/myMetro Online