Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Kulim Perlu RM200,000 Baik...

KULIM - Lebih RM200,000 diperlukan bagi menampung kos baik pulih kerosakan yang berlaku...

`Letup Rumah Putih’ Hanya...

WASHINGTON - Bintang pop, Madonna, mendakwa kenyataan 'meletupkan Rumah Putih' yang diucapkan pada...

NGO Didalangi Pembangkang Mahu...

PUTRAJAYA - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat menegaskan usaha menjatuhkan...

Keluarga Bantah Gadis Nak...

HASRAT seorang gadis berusia 20 tahun yang dirahsiakan identitinya untuk mengahwini perogolnya dibantah...

Achey Semangat, ‘Makcik Bawang’ Dapat Sambutan

SELEPAS kejayaan single pertama berjudul Yang Terindah, kini pelawak Achey sekali lagi muncul dengan single baharu apabila lagu itu mendapat banyak maklum balas positif daripada peminat.

Masakan tidak, sehingga kini, video lirik rasmi lagu tersebut sudah ditonton hampir 24 juta kali sejak dimuat naik di YouTube pada 30 Oktober tahun lalu.

Dorongan serta sokongan padu oleh peminat serta rakan-rakan dan keluarga membuatkan Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Haji Hamzah lebih bersemangat untuk mengeluarkan single keduanya pula.

Seiring dengan peredaran masa, Achey mempertaruhkan lagu Makcik Bawang kerana perkataan ‘makcik bawang’ itu sendiri cukup sinonim dengan masyarakat masa kini.

Dalam lagu tersebut turut menampilkan Achey menyanyi rap buat pertama kalinya dan impak lagu tersebut telah membuatkan video lagu ini sudah mencecah satu juta kali tontonan di YouTube.

“Kita sendiri tahu betapa hebat penangan ‘makcik bawang’ di samping tanda pagarnya. Jadi, saya mula mengkaji sikap dan gelagat golongan terbabit dan ia diterjemahkan menerusi lagu ini.

“Bagi saya, golongan ‘makcik bawang’ boleh dikelaskan sebagai mereka yang membincangkan sesuatu isu dan secara tiba-tiba, nama itu menjadi hangat.

“Mereka akan bincang, mengupas dan memanjangkan sesuatu isu dengan pelbagai versi. Mereka menimbulkan cerita lain yang lari daripada topik sepatutnya,” katanya dipetik portal BH Online.


Bagaimanapun, menurut Achey, perkataan ‘makcik bawang’ itu sebenarnya diambil daripada perkataan ‘makcik rewang’ yang sering didengari ketika majlis kendui kahwin.

“Sambil merewang, mereka berborak hingga ada cerita yang terkeluar daripada landasan. Malah lebih dahsyat, tuan rumah majlis kahwin pun akan jadi mangsa atau topik serangan mereka.

“Begitulah seterusnya. Memang kita tahu, istilah ‘makcik bawang’ sangat terkenal ketika ini. Saya sendiri pun pernah ‘diserang’ golongan terbabit.

“Namun, saya anggap mereka cuma nak bagi nasihat, cuma ayat yang terkeluar daripada mulut masing-masing kurang sedap didengar.

“Ada ketika, komen ditinggalkan netizen di laman sosial menimbulkan pertelagahan di kalangan mereka. Perkara dan senario sebegitu yang menjentik diri ini untuk menghasilkan lagu buat golongan berkenaan,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, Achey bukan sahaja bergelar penyanyi dan pelawak. Dia juga telah bergelar seorang pengacara dan ahli perniagaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori