Saturday, November 16, 2024

Creating liberating content

Wartawan Malaysia, Singapura Bebas...

NAYPITAW - Mahkamah di Myanmar semalam menggugurkan tuduhan tambahan terhadap dua wartawan asing...

AMK Dakwa Khairy Jamaluddin...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin...

Muhyiddin Perlu Hormat Dan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu percaya dan...

Anjing Peliharaan Baham Bayi...

SYDNEY - Seorang bayi berusia tujuh hari dibaham anjing peliharaan keluarganya ketika dia...

Adakah Anda Makan Pada Waktu Yang Betul?

SEJAK dahulu lagi, pakar nutrisi di seluruh dunia telah berulang kali menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan daripada makan terlalu berat pada waktu malam.

Ini kerana ia dikatakan boleh membuatkan berat badan seseorang naik dengan mendadak berbanding jika makan berat pada waktu pagi.

Bagaimanapun, tidak ada penjelasan yang jelas kenapa orang ramai tidak digalakkan untuk makan dalam kadar yang banyak pada waktu malam.

Untuk pengetahuan, setiap orang mempunyai jam badan (body clock) mereka yang tersendiri dan pemakanan seseorang pada waktu yang sesuai boleh membantu memberikan kesan baik terhadap kesihatan badan.

Beberapa saintis percaya bahawa pengambilan makanan yang berat pada waktu pagi dan bukan pada waktu tengah hari dan malam adalah baik untuk kesihatan seseorang.

Menurut satu kajian, seorang wanita yang sedang cuba untuk menurunkan berat badan hilang lebih berat badan sekiranya makan tengah hari lebih awal dari biasa.

Seorang lagi wanita pula yang sering makan lewat menyaksikan peningkatan terhadap Indeks Jisim Badan (BMI) berbanding sebelum kajian.

“Terdapat pepatah lama popular iaitu ‘makanlah sarapan seperti raja, makan tengah hari seperti putera dan makan malam seperti papa (kedana)’. Bagi saya, ada benarnya kata pepatah itu,” kata Dr. Gerda Pot, seorang pensyarah sains nutrisi di King’s College, London, United Kingdom.

Kini, para saintis sedang cuba untuk mendapatkan jawapan apakah elemen yang mendorong keputusan tersebut selain melihat kepada hubungan di antara pemakanan dan jam badan kita, yang digelar krono-nutrisi (chrono-nutrition) oleh sesetengah orang.

Seseorang itu mungkin menganggap jam badan adalah sesuatu yang menentukan waktu tidur kita. Namun sebenarnya, hampir keseluruhan sel badan manusia mempunyai jam mereka yang tersendiri.

Tugas jam ini adalah bagi membantu kita dalam aktiviti harian seperti bangun tidur di waktu pagi, mengawal tekanan darah, suhu badan dan juga tahap hormon seseorang itu.

Pakar-pakar dalam bidang nutrisi kini sedang cuba melihat sama ada tabiat makan seseorang itu – termasuk waktu makan yang tidak teratur dan makan terlalu lewat – memberikan impak terhadap kesihatan dalaman seseorang.

Ujar Dr. Pot, yang merupakan seorang pakar krono nutrisi berkata, jam badan seseorang itu menentukan waktu paling optimum untuk sesuatu berlaku pada waktu tertentu.


“Kita semua ada jam badan yang menentukan dalam 24 jam sehari itu, bila waktu yang paling sesuai untuk sesuatu perkara dilakukan.

“Justeru, untuk makan sesuatu yang berat pada waktu petang bukanlah sesuatu yang sesuai dilakukan kerana badan manusia sudah mula sedia untuk berehat di waktu malam,” ujarnya.

Menurut seorang pakar kronobiologi dan fisiologi integratif di University of Surrey, UK, biarpun terdapat kajian yang mencadangkan bahawa badan seseorang itu sukar untuk memproses makanan pada waktu malam, masih menjadi persoalan kenapa ia terjadi.

Salah satu teorinya adalah berhubung kait dengan kebolehan badan seseorang itu untuk memperluaskan tenaga.

Bagaimanapun menurutnya, memahami kaitan di antara bila kita patut makan dengan kesihatan badan adalah sangat penting. Ini kerana, ia boleh menjadi satu langkah yang baik untuk mengekang masalah obesiti yang menular.

“Kita boleh nasihatkan mereka yang ingin menurunkan berat badan untuk tidak mengubah apa yang dimakan, sebaliknya hanya mengubah waktu makan mereka.

“Perubahan yang kecil itu sebenarnya boleh memberikan kesan yang besar kepada cara seseorang itu menjaga kesihatan mereka,” katanya.

Justeru, kedua pakar tersebut, Dr. Pot dan Dr. Johnston berkata, kajian mendapati adalah lebih baik untuk seseorang itu makan berat pada awal waktu, iaitu dengan menjadikan waktu makan tengah hari dan bukannya waktu malam sebagai waktu untuk makan besar.

Bagaimanapun, Prof. Alexandra Johnstone, seorang ahli pemakanan yang kini mula belajar dalam bidang krono-nutrisi, lebih berhati-hati dalam membuat kesimpulan.

Prof. Johnstone berkata, walaupun terdapat kajian yang mengatakan bahawa makan lebih awal boleh memberi impak baik kepada kesihatan manusia, dia ingin melihat penjelasan yang lebih jelas tentang apa yang menyebabkan ini berlaku.

Tambahnya, dia berharap penyelidikan di masa akan datang dapat membuktikan teori berkenaan dan akan memberi panduan yang lebih jelas untuk orang ramai mengenai waktu makan paling sesuai. – BBC/MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori