Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Cuba Tanggalkan Seluar...

Seorang lelaki di China yang mengesyaki kekasihnya curang, telah bertindak keterlaluan apabila cuba...

Naya… Banyak Gam Gajah...

MALANG menimpa seorang lelaki apabila dia tersalah guna ubat titis mata. Rupa-rupanya ia...

Sidang Kemuncak ASEAN Ke-37...

KUALA LUMPUR - Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 bermula Khamis, menyaksikan Perdana Menteri, Tan...

Isu Rohingya: Wisma Putra...

PUTRAJAYA - Wisma Putra hari ini memanggil Duta Myanmar ke Malaysia, U Sein...

Agong Akan Tentukan Siapakah Bakal PM Ke-7

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya bertenang dan memberi kepercayaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk melantik perdana menteri.

Katanya tidak ada satu pun parti yang mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), semalam.

“Mengikut perlembagaan, lantikan ini adalah keputusan Yang di-Pertuan Agong berdasarkan prinsip siapa yang akan dapat kepercayaan di kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Katanya, BN akan menghormati apa juga keputusan yang bakal dibuat Yang di-Pertuan Agong.

Najib yang kelihatan sugul turut menyatakan ucapan terima kasih kepada semua pimpinan BN yang bekerja siang dan malam untuk melaksanakan segala program berkaitan PRU14. – BERNAMA

Kategori