Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sistem SKIN Dapat Kesan...

PUTRAJAYA - Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN) yang bakal memodenkan perkhidmatan Jabatan Imigresen,...

Sektor Pelancongan Mampu Ubah...

IPOH - Suntikan positif sektor pelancongan mampu mengubah keadaan ekonomi yang agak menggusarkan...

JDT Mampu Cipta Kejutan...

JOHOR BAHRU - Di atas kertas, kelab Jepun, Gamba Osaka sememangnya lawan yang...

Banjir Kelantan: 47 Mangsa...

KUALA KRAI - Sebanyak 47 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Ghucil 7...

“Ahli UMNO Yang Nak Keluar Parti, Silakan”

AHLI-AHLI dan pemimpin UMNO yang berhasrat untuk keluar meninggalkan parti itu selepas kekalahan teruk pada pilihan raya yang lalu digalakkan berbuat demikian.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tindakan itu adalah amat dialu-alukan dan menganggap ianya sebagai satu proses pembersihan dalam parti berkenaan.

Menerusi wawancara eksklusif sebuah akhbar tempatan, Khairy menegaskan bahawa UMNO perlu dibina semula dan memerlukan ahli ada semangat tulen berjuang bersama parti dan bukan hanya sekadar menjadi penumpang.

Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Yang mana hendak keluar sekarang, biarlah mereka keluar. Lebih baik kita ada proses pembersihan sekarang.

Yang rasa tidak ada daya tahan untuk bersama UMNO dan BN, tidak ada pegangan politik dan prinsip, mereka boleh pergi.

“Sebab kita hanya dapat membina parti ini atas semangat yang tulen dan ikhlas, bukan penumpang,” katanya kepada akhbar hujung minggu itu.

Tambahnya, UMNO tidak memerlukan pemimpin yang membudayakan sikap melompat parti dan menyokong parti lawan bagi kepentingan diri sendiri.

Khairy berkata, UMNO sebolehnya mahu mengekalkan semua pemimpin yang ada dalam parti tersebut namun tidak akan menghalang mereka yang ingin keluar dari parti tersebut.

“Dalam tempoh seminggu dua ini, mana yang sudah melompat dan akan melompat, kita tidak perlukan mereka dalam parti.

“Kita harap dapat kekalkan mereka semua dan sedaya upaya cuba kekal tetapi apa kita hendak buat kalau mereka sudah buat keputusan begitu? Kita dapat nilai maruah mereka sebagai orang politik,” ujarnya.


Dalam pada itu, mengulas mengenai khabar angin bahawa ada pihak yang ingin menguburkan UMNO, Khairy berpendapat UMNO perlu terus wujud bagi memastikan keseimbangan politik negara ini.

Jelasnya, atas nama demokrasi, sebahagian besar rakyat ingin melihat sebuah parti pembangkang yang mempunyai kredibiliti dan berwibawa.

Justeru, beliau ingin UMNO menjadi sebuah parti pembangkang yang sentiasa bersatu dan berkredibiliti supaya rakyat mampu melihat perubahan itu dan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang.

“Pembangkang itu kena kuat sebab hendak kerajaan ada akauntabiliti. Kita kena mainkan peranan kita sebagai pembangkang berwibawa.

“Daripada situlah kita serah balik kepada rakyat untuk nilai dalam lima tahun,” katanya lagi.

Khairy turut mengakui bahawa budaya politik rakyat Malaysia kini berada dalam keadaan yang baik dan sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal mentadbir kerajaan dengan baik, mereka juga akan dijatuhkan oleh rakyat.

“Rakyat sudah beritahu PH, walaupun mereka sangat sokong PH hari ini tetapi jika PH tidak dapat melaksanakan janji-janji, mereka pun akan dikeluarkan oleh rakyat,” tuturnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Kategori