Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemberian Vaksin COVID-19 Harian...

PUTRAJAYA - Pemberian dos vaksin COVID-19 harian di negara ini melepasi angka 100,000...

Video Dakwa Wanita Diculik...

KUALA LUMPUR - Mesej dan video tular di media sosial yang mendakwa seorang...

Tawar Diskaun Saman Trafik...

ALOR SETAR – Mereka yang memiliki saman tertunggak diminta mengambil peluang menjelaskan saman...

Kontinjen Luar Negara Puas...

KUALA LUMPUR - Pegawai kontinjen luar negara yang telah tiba untuk Sukan SEA...

Ahmad Yakob Angkat Sumpah MB Kelantan Penggal Ke-2

KOTA BHARU – Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan bagi penggal kedua susulan PAS terus diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 semalam.

Ahmad, 67, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan, mengangkat sumpah di hadapan Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra di Istana Kota Lama di sini.

Majlis angkat sumpah yang berlangsung kira-kira pukul 11.30 pagi itu disaksikan Tengku Temenggong Kelantan, Tan Sri Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz; Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache; Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad dan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Majlis angkat sumpah bagi jawatan Timbalan Menteri Besar dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) akan diadakan kemudian.

Pada PRU14, PAS yang sudah mentadbir Kelantan 28 tahun, mengekalkan penguasaan mereka di negeri ini selepas menang 37 daripada 45 kerusi DUN manakala Barisan Nasional (8), PKR (0), PSM (0) dan Bebas (0). – BERNAMA

Kategori