Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Penasihat Undang-Undang UMNO Dilepas...

KUALA LUMPUR - Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun, dilepas tanpa dibebaskan atas...

Zahirah Macwilson Nafi Putus...

INI bukanlah pertama kali hubungan cinta aktor Zul Ariffin dan aktres Zahirah Macwilson...

MITI Kaji Laksana Semula...

DAVOS (Switzerland) - Selepas hampir sedekad sejak rundingan ditangguhkan secara rasminya, Kementerian Perdagangan...

Kepala Manusia Ditemui Di...

KUCHING - Penduduk Sri Aman hari ini digemparkan dengan penemuan objek dikatakan kepala...

Ajis Sitin Lakar Sejarah Orang Asli Terajui Jakoa

BERA – Ajis Sitin, Orang Asli dari Kuala Koyan, Kuala Lipis melakar sejarah apabila menjadi Orang Asli pertama yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) berkuat kuasa esok.

Pelantikan Ajis, 55, dari suku kaum Semai, diumumkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada satu majlis yang diadakan di sini, hari ini.

Beliau berkata Ajis menggantikan Mohd. Jamaluddin Kasbi yang bersara wajib.

“Pelantikan Ajis diharap dapat membantu usaha kerajaan untuk memperkasakan lagi masyarakat Orang Asli kerana beliau memahami keperluan, budaya dan kehendak masyarakat Orang Asli.

“Ini juga mencerminkan keseriusan kerajaan untuk memperkasakan Orang Asli bukan hanya dalam aspek pendidikan dan sosioekonomi tetapi juga dengan memastikan wakil mereka menjawat jawatan penting dalam kerajaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Jakoa di sini, hari ini.

Ismail Sabri berharap pelantikan Ajis akan menjadikan Jakoa sebagai jabatan yang lebih efektif dalam menjaga kebajikan, memelihara warisan dan membangunkan masyarakat Orang Asli.

Menurutnya susulan hasratnya untuk melihat Jakoa diterajui Orang Asli sejak menerajui KKLW menyebabkan beliau ‘menarik’ Ajis, yang sebelum ini berkhidmat sebagai jurutera awam penguasa kanan di Jabatan Kerja Raya.


Ajis memulakan tugasan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jakoa bermula 15 Oktober lepas bagi memberikan pendedahan kepadanya mengenai tanggungjawab jabatan itu.

“Saya juga berhasrat melihat lebih ramai masyarakat Orang Asli diberikan peluang menjawat jawatan kanan dalam Jakoa. Setakat ini, dua pengarah negeri Jakoa iaitu di Pahang dan Perak adalah daripada masyarakat Orang Asli dan mungkin akan ditambah jika persetujuan diperoleh melibatkan pelantikan pengarah di Johor, seorang wanita Orang Asli,” katanya.

Ismail Sabri berkata setakat ini, kira-kira 30 peratus daripada kakitangan Jakoa adalah masyarakat Orang Asli dan berharap jumlah itu akan meningkat pada masa hadapan.

Bilangan Orang Asli yang menyertai sektor awam dan bekerja dalam bidang profesional seperti doktor juga semakin meningkat, katanya. – BERNAMA

Kategori