Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

UiTM Sarawak Beri Sokongan...

Susulan laporan kehilangan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, isteri kepada Sii Chung Huei, ahli...

Hong Kong Catat Kematian...

BEIJING - Kematian pertama akibat koronavirus dilaporkan di Hong Kong, lapor agensi berita...

UMNO P.Pinang Bawa Isu...

GEORGETOWN - Umno Pulau Pinang akan membangkitkan isu menyentuh kepentingan rakyat Pulau Pinang...

“Saya Sangat Rindukannya” –...

BERA - "I miss her so much (saya sangat rindukannya)..." ungkapan pertama Menteri...

Aksem Rampas Daum Ketum Bernilai RM7,500

PASIR MAS – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan mematahkan cubaan menyeludup daun ketum seberat 150 kilogram bernilai RM7,500 ke Thailand, di Kampung Kubang Pak Itam, Rantau Panjang di sini, semalam.

Komander Aksem Rantau Panjang, Shuhaidi Saidon berkata daun ketum itu yang dipercayai dari negeri di utara Semenanjung, ditemukan di dalam sebuah kereta yang ditinggalkan di sebuah rumah tiada penghuni di kampung itu pada 3.15 petang.

“Pada 12.30 tengah hari semalam, sepasukan anggota Aksem Bukit Bunga yang membuat rondaan di Batu 11, Tanah Merah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan dan selepas diekori, anggota cuba menahan kenderaan tersebut tetapi pemandu itu terus memecut ke arah Pasir Mas untuk melepaskan diri.

“Anggota bertugas kemudian mengejar sejauh 60 kilometer namun kereta disyaki itu berjaya lolos,” katanya kepada pemberita di Pejabat Aksem Rantau Panjang di sini, hari ini.

Shuhaidi berkata hasil maklumat dan intipan pihaknya, kereta itu kemudiannya dijumpai ditinggalkan di sebuah rumah di Kubang Pak Itam dan pemeriksaan mendapati terdapat puluhan guni berisi daun ketum di dalam kereta itu.


Beliau berkata tiada suspek ditangkap dan kes berkenaan diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Kategori