Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Perubahan Harga Minyak...

PUTRAJAYA - Tiada perubahan harga minyak secara mingguan buat masa ini. Perdana Menteri, Tun...

Tambah Kumpulan Baharu Pemberian...

SHAH ALAM - Beberapa kumpulan baharu penerima akan ditambah untuk pemberian vaksin Covid-19...

PM Lancar JR Plus,...

KUALA LUMPUR - Lebih 5,000 anggota pergerakan sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN)...

Dianggap ‘Jual’ Bayi Di...

PERKONGSIAN seorang wanita yang dikenali sebagai Shazreen Syafiqa menerusi akaun Facebook semalam mendapat...

Angkat Sumpah Kerajaan P.Pinang Selewatnya Sabtu

GEORGE TOWN – Tarikh untuk majlis angkat sumpah ketua menteri Pulau Pinang akan diumumkan selewat-lewatnya Sabtu ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus berkata pada masa ini belum ada tarikh yang ditetapkan untuk majlis angkat sumpah ketua menteri dan penubuhan kerajaan negeri selepas Pakatan Harapan (PH) menguasai Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-14 semalam.

“Tarikhnya akan diumumkan oleh Pejabat Ketua Menteri,” katanya.

Difahamkan tarikh majlis itu belum dapat ditetapkan berikutan beberapa pemimpin negeri termasuk Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini berada di ibu negara bersama-sama pemimpin PH yang lain untuk penubuhan kerajaan persekutuan.

PH semalam menang 37 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. – BERNAMA

Kategori