Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

20 Pati Ditahan Dalam...

LAHAD DATU - Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun merupakan antara 20 pendatang asing...

Jabatan AG Bantah Saman...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AG) hari ini mengemukakan bantahan awal terhadap...

8 Penumpang Dan Pemandu...

SEREMBAN - Lapan penumpang serta seorang pemandu sebuah bas ekspres terselamat selepas terbabas...

Bekas Pengarah, 2 Lelaki...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah dan dua bekas pembantu pengurus akaun sebuah...

Anjing Peliharaan Terabai, Penganggur Dipenjara

SEEKOR anjing jantan jenis Siberian Husky berwarna putih kesakitan dan hidup sengsara apabila pemiliknya yang sudah tidak bekerja telah mengabaikan haiwan tersebut.

Lapor akhbar tempatan, Lai Yik Loy, 35, iaitu orang kena saman (OKS) mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zuhair Rosli.

OKS tersebut telah berdepan dengan hukuman penjara selama empat hari bermula dari tarikh tangkapan ke atasnya semalam dan didenda sebanyak RM8,000.

Tempoh dipenjara akan dilanjutkan selama empat bulan jika OKS tersebut tidak dapat membayar denda kepada pihak mahkamah dan kos rawatan haiwan tersebut.

“Mahkamah memandang serius kes ini. OKS juga diarahkan untuk membayar kos rawatan berjumlah RM6,872 kepada pihak veterinar,” kata Zuhair.

Penganggur tersebut didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 26 September tahun lalu pukul 10.30 pagi di sebuah rumah di Lorong Peel, ibu negara.

Dia merayu hukuman denda diringankan atas alasan sudah hilang pekerjaan sejak empat bulan dan terpaksa menanggung kedua-dua ibu bapanya.


Pun begitu, Pegawai Pendakwa, Hasiah Musa dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan memohon hukuman berat dikenakan atas alasan OKS gagal menjaga kebajikan haiwan berkenaan.

“OKS tidak beri rawatan sepatutnya dan makan minum secukupnya kepada haiwan peliharaannya. Pihak jabatan juga memohon supaya melucutkan hak penjagaan OKS terhadap anjing itu,” ujarnya.

Lelaki itu telah didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Akta 647) dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 (Akta A1452) yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Kategori