Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Rogol Gadis 19 Tahun:...

KUCHING - Polis menahan empat lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur...

Adlin Aman Ramlie Dibebaskan...

PELAKON, pengkritik dan pelawak Adlin Aman Ramlie yang ditahan pada Khamis berikutan disyaki terlibat...

Zika: Sekolah Dilarang Lawat...

KOTA TINGGI - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan agar semua sekolah di...

4 ADUN Umum Hilang...

MELAKA - Empat ADUN kerajaan, sebentar tadi mengumumkan hilang kepercayaan kepada kepemimpinan Ketua...

Annuar Persoal Motif Kadir Jasin Dan PH

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa terkejutnya terhadap tulisan Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan (MPK-PH), Datuk A. Kadir Jasin yang seolah-olah mempersoalkan Majlis Raja-raja Melayu.

Jelas Annuar, Kadir mewakili satu badan yang dilihat sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan, malah dianggap lebih berpengaruh dari kabinet itu sendiri.

Justeru, tulisan Kadir dalam akhbar Sinar Harian dan dipetik oleh Free Malaysia Today semalam dilihat sebagai satu isyarat dan amaran kepada Raja-raja Melayu apabila beliau secara terang-terangan membangkitkan isu kontrak sosial antara raja dan rakyat selain berbaur hasutan.

“Apakah ini satu isyarat bahawa pentadbiran baru sedang bergerak ke arah reformasi institusi raja dan cuba meminda perlembagaan seperti pernah di lakukan pada awal 1990-an yang telah menyeret kita semua dalam pertembungan raja dan rakyat?

“Dari tulisan Ketua Media dan Komunikasi MPK-PH ini ia sangat jelas sekali lagi bagi saya ia bersifat ugutan dan hasutan,” tulisnya di akaun Facebook miliknya.

Ujar Annuar, Kadir sepatutnya menghormati penjelasan yang telah dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-raja Melayu yang telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu yang dibangkitkan pihak tertentu.

Annuar, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian apabila mengulas mengenai tulisan Kadir sebagai kolumnis dalam akhbar Sinar Harian semalam yang bertajuk ‘Masukkan Institusi Beraja Dalam Reformasi’.

Melalui artikel itu, Kadir menyampaikan pendapatnya supaya institusi beraja ini dikaji semula dan direformasi sekiranya perlu.

Annuar juga mempersoalkan tindakan Kadir mengeluarkan kenyataan sedemikian yang dilihat mampu membawa implikasi buruk kepada institusi beraja dan dapat menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap institusi tersebut.

“Apakah ini suara Kadir atau suara MPK-PH atau suara orang berkuasa yang lain? Apakah Kadir merasakan beliau kebal dan dilindungi untuk mengeluarkan kenyataan sebegini?

“Tulisan Kadir yang mengungkit kemewahan pihak Istana, pembiayaan oleh rakyat dan lain-lain jelas untuk menyemarakkan kemarahan dan kebencian rakyat terhadap institusi raja. Ke arah mana Kadir dan MPK-PH ingin membawa kita setelah ‘mendapat mandat rakyat’.

“Malah sebutan oleh Kadir bahawa raja tidak kekal,boleh disifatkan sebagai satu percubaan mengugut dan menggugat kedudukan dan kemuliaan institusi raja raja Melayu,” katanya.


Bagaimanapun jelas Annuar, rakyat terutamanya orang Melayu tidak akan membiarkan peristiwa 1990-an itu berulang.

Selain itu, Annuar berharap kerajaan tidak bersifat keterlaluan dalam percubaan yang boleh disifatkan sebagai menggugat kedudukan Raja-raja Melayu, agama Islam dan perlembagaan yang telah ditetapkan.

“Sebarang usaha meminda perlembagaan seperti yang cuba dibayangkan oleh Kadir akan kita tentang habis habisan.

“Kita akur dengan mandat rakyat kepada PH, kerana itulah kita pastikan peralihan kuasa berjalan secara licin dan tanpa halangan walau mandat itu amat nipis sekali, malah ketua kerajaan sendiri mempunyai mandat tak sampai 10 peratus di parlimen,” tulisnya lagi.

Tegas Annuar, perlu diingat bahawa mandat dari pengundi Melayu adalah adalah untuk tidak bersama PH malah statistik jelas menunjukkan lebih dari 70 peratus undi orang Melayu tidak memilih PH.

Sehubungan itu, beliau berkata Kadir dan MPK-PH sepatutnya menumpukan usaha mereka dalam menunaikan segala janji dalam manifesto 10 janji dalam 100 hari mereka yang masih belum ditunaikan.

“Rakyat sedang menunggu dengan sabar penghapusan cukai GST (bukan zero-rated), penghapusan tol, penstabilan harga minyak pada RM1.50 seliter, pendidikan percuma, penurunan harga barang dan lain-lain ‘Harapan’ rakyat dan bukannya ugutan terhadap institusi Raja atau percubaan meminda perlembagaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Annuar juga menggesa pihak berwajib supaya tidak berasa takut dan sentiasa bersikap adil dalam menjalankan siasatan ke atas tulisan Kadir selain berharap keluhuran undang-undang dapat dipertahankan.

Malah, Annuar berkata sebagai salah seorang individu yang telah melalui episod pertembungan rakyat menentang institusi beraja pada awal 1990-an yang lalu, beliau akan memastikan peristiwa tersebut tidak berulang lagi semata mata kerana dendam peribadi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori