Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Perempuan Lemas...

KOTA KINABALU - Dua remaja perempuan berusia 15 tahun ditemui mati lemas selepas...

Tertekan Dikait Dengan Elfira,...

MASIH ingat dengan usahawan muda, Asyraf Mazlan yang pernah dikaitkan 'bercinta' dengan pelakon...

Kesan Kempen Duterte Memerangi...

BANGKOK – Pada 29 Mac lalu, Raymart Siapo, 19, yang cacat menjadi mangsa...

Shahir Dah Nafikan, Mona...

YANG seorang itu menafikan hubungan, manakala yang seorang lagi beria kata sering keluar...

Anwar Mahu Tun M Runding Dulu Lantikan Kabinet

KUALA LUMPUR – Pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berunding dahulu dengan pemimpin-pemimpin komponen Pakatan Harapan (PH) sebelum mengumumkan lantikan Kabinet.

Dalam satu kenyataan ringkas beliau yang diedarkan hari ini, Anwar menyatakan sokongan kepada kepimpinan Mahathir dan pada masa yang sama menggesa rundingan dibuat dalam pelantikan ahli Kabinet.

Katanya, beliau menyampaikan “keresahan” pemimpin-pemimpin PKR itu dalam pertemuan dengan Mahathir semalam.

“Dalam pertemuan itu, saya telah mengulangi sokongan padu (PKR) kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Saya juga telah sampaikan keresahan pimpinan yang memohon agar kaedah rundingan lebih merangkumi,” tegas Anwar.

“Pandangan tersebut disambut baik oleh Tun Dr. Mahathir namun harus diputuskan bersama oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan,” menurutnya.

Kenyataan ini mengesahkan kekecohan yang sedang berlaku pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 berhubung pelantikan jawatan-jawatan menteri Kabinet.

Semalam, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata pelantikan tiga jawatan menteri oleh Mahathir belum muktamad dan masih dirundingkan.


Menurut Rafizi, PKR tidak dilibatkan dalam pembuatan keputusan pelantikan tiga menteri kanan oleh Mahathir itu.

Reaksi Anwar ini juga membuktikan perbezaan pandangan yang wujud antara kedua-dua pemimpin yang dicalon sebagai perdana menteri Pakatan Harapan itu.

Beberapa pemimpin PH telah menunjukkan pertikaian terbuka mengenai pelantikan Mahathir itu.

Rafizi diselar oleh aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan tetapi kebimbangan strategis PKR itu turut disokong oleh beberapa pemimpin lain termasuk daripada DAP. – Mynewshub.cc

Kategori