Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Agong, Permaisuri Ucap Takziah...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja...

Pembunuh ‘Posing’ Lepas Tikam,...

SUSULAN insiden ngeri seorang wanita yang mati ditikam dengan sebilah pedang di Beijing,...

Helikopter Tentera Indonesia Terhempas,...

JAKARTA - Sebuah helikopter milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI AD) yang...

Kieran Panggil Pendengar ‘Sakai’,...

ADAT menjadi selebriti, segala tingkah laku yang tak kena akan dijadikan bahan bicara...

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam

KEMAMAN – Sebuah bot nelayan Vietnam yang ‘menyamar’ sebagai bot tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Kemaman.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Laksamana Muda Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata bot itu ditahan pada 5.16 pagi, Rabu lalu selepas menerima aduan awam.

“Berdasarkan aduan itu, kapal ronda APMM telah mengesan sebuah bot nelayan asing disyaki menyamar sebagai bot nelayan tempatan dengan nombor pendaftaran PAF 4128 kira–kira 59 batu nautika dari Kemaman,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya hasil pemeriksaan mendapati enam awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam berumur antara 23 sehingga 30 tahun berkenaan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri, lesen bot dan permit kerja yang sah. – BERNAMA

Kategori