Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia – Indonesia Harus...

SERDANG - Usaha sistematik harus dilakukan bersama antara kerajaan Malaysia dan Indonesia dalam...

Jadual Kerja Padat, Jae...

PENGACARA terkenal Korea Selatan, Yoo Jae Suk mengakui dirinya berasa rindu untuk meluangkan masa...

Sajat Berang Anak Kembar...

NIAT untuk menunjukkan keakraban kedua-dua anak kembarnya mencetuskan isu pula kerana gambar yang...

Beliawanis ‘Balas’ Surat Terbuka...

JIKA beberapa hari lalu viral mengenai surat terbuka daripada seorang finalis program dakwah...

APMM Tahan Tiga Bot Ceroboh Perairan Negara

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan tiga bot serta merampas lebih enam tan hasil ikan dan sotong daripada nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara semalam.

Pengarah Maritim Kuala Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata tangkapan pertama dibuat kira-kira 12 tengah hari disusuli dengan tangkapan kedua, 54 minit kemudian dan tangkapan ketiga pada 1.20 tengah hari di lokasi antara 27 hingga 31 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Menurut beliau ketiga-tiga bot berkenaan ditahan dalam Operasi Perkasa Timur dan Darul Iman ketika sedang menunda pukat jenis mata keroncong yang diharamkan penggunaannya di Malaysia kerana boleh memusnahkah ekosistem anak ikan.

Turut ditahan 16 awak-awak termasuk tiga tekong yang berusia antara 19 dan 58 tahun namun selepas pemeriksaan didapati seorang daripada mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan mereka juga tidak memiliki permit menangkap ikan yang sah daripada pihak berkuasa negara.

“Kami percaya ketiga-tiga bot tersebut baru sahaja tiba di Terengganu dari Kelantan dan cuba mengelirukan anggota penguat kuasa dengan mengibarkan bendera negeri Cik Siti Wan Kembang. Bagaimanapun helah mereka berjaya dikesan berdasarkan bentuk fizikal bot Vietnam yang berbeza dengan bot nelayan tempatan..

“Taktik ini juga tidak dapat mengelirukan kami kerana anggota penguat kuasa tetap akan menjalankan pemeriksaan terhadap semua bot termasuk nelayan tempatan sekiranya ada perkara yang mencurigakan,” katanya kepada pemberita di Pejabat Maritim DM 9 di sini hari ini.

Jumlah keseluruhan rampasan termasuk tiga bot, enam tan hasil laut dan 7,000 minyak diesel dianggarkan bernilai RM2.1 juta.


Mengulas lanjut, Rahim berkata beliau juga percaya aktiviti pencerobohan oleh nelayan asing di perairan negara didalangi oleh masyarakat tempatan yang turut mengaut keuntungan daripada aktiviti menangkap ikan dan seumpamanya.

“Ejen ini bukan nelayan tetapi orang biasa yang menjalankan kegiatan menyewa bot atau apa sahaja dengan tujuan mengaut keuntungan seperti juga orang tengah. Ini kerana kami percaya nelayan asing tidak akan berani memasuki negara jika tidak ada ejen atau orang tengah yang menguruskan dan memberikan maklumat berkaitan.

“Pada bulan ini sahaja kami telah melakukan tiga tangkapan yang melibatkan bot negara asing. Oleh itu APMM tidak akan berkompromi dan sesekali berputus asa untuk menyiasat mengenai perkara ini dan berharap orang awam yang mempunyai maklumat dapat membantu kami,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

Kategori