Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Tiada Draf Laporan 1MDB...

KUALA LUMPUR - Ketua Audit Negara berkata tiada draf laporan yang telah disiapkan...

2 Datuk Didakwa Tipu...

KUANTAN - Dua ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret berasingan di...

Musa Aman Akan Pulang...

KOTA KINABALU - Bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman akan kembali...

Stephen Hawking, Populariti Merentasi...

SAINTIS terkemuka dunia, Stephen Hawking meninggal dunia pada awal pagi Rabu di kediamannya...

APMM Wilayah Timur Tahan 79 Bot Nelayan Asing

KUALA TERENGGANU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur Semenanjung menahan 79 bot nelayan asing melibatkan 274 nelayan yang menceboh dan menjalankan aktiviti perikanan di wilayah ini secara haram dari Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarah Maritim Wilayah Timur Laksamana Muda Maritim, Datuk Zulkarnain Omar berkata daripada jumlah itu, sebanyak 30 bot ditahan di perairan Pahang, 33 di perairan Terengganu dan 16 ditahan di perairan Kelantan.

“Setelah membuat pemeriksaan, kebanyakan bot-bot nelayan asing dari Vietnam itu telah menggunakan permit dan lesen yang dipalsukan untuk menangkap ikan di perairan negara ini.

“Kita yakin hasil tangkapan itu, ia melibatkan hasil tangkapan jutaan ringgit,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan sidang media penangkapan tiga buah bot nelayan Vietnam di perairan Terengganu semalam yang turut dihadiri Pengarah APMM Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli.

Zulkarnain berkata, daripada 274 nelayan Vietnam yang ditahan itu, seramai 172 masih berada di lokap APMM, manakala bakinya telah dihantar ke penjara berdekatan.

Katanya, ada juga nelayan yang ditahan itu cuba untuk merasuah anggota APMM iaitu pada bulan Mac dan April antara RM8,000 dan RM10,000, tetapi anggota APMM mempunyai intergriti yang baik dan tidak mudah disogok dengan wang ringgit.

Beliau berkata, kes itu telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Zulkarnain berkata, antara punca mereka gemar menceroboh dan menangkap ikan di pantai timur ini kerana keadaan laut yang tenang serta ketika ini musim sotong yang ‘menjadi’.

“Mereka gemar ke sini kerana ingin menangkap sotong kerana harganya yang mahal ketika ini,” katanya.

Mengenai tangkapan terhadap tiga bot nelayan Vietnam yang dilakukan oleh APMM KM Segantang semalam, Zulkarnain berkata, ia dilakukan di tiga lokasi berbeza iaitu antara 45 batu nautika hingga 52 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Katanya, bot pertama berjaya ditahan pada kira-kira 7.40 pagi dan dua bot nelayan lagi ditahan kira-kira 12.30 tengah hari semalam, melibatkan 40 awak-awak termasuk tekong yang berumur antara 18 hingga 50 tahun.


Beliau berkata, bot pertama ditahan ketika sedang menjalankan aktiviti perikanan di perairan berkenaan.

“Semasa mengiringi bot nelayan itu ke pangkalan APMM di Kemaman, bot APMM KM Segantang terserempak pula dengan dua bot nelayan Vietnam pada kira-kira 12.30 tengah hari dan berjaya menahannya,” katanya.

Zulkarnain berkata, setelah diperiksa hasil tangkapan ketiga-tiga bot berkenaan adalah 45 tan ikan baja, 1.2 tan ikan campuran dan kira-kira 200 kilogram sotong.

Katanya, rampasan ke atas ketiga-tiga bot berkenaan bernilai hampir RM3.6 juta termasuk hasil tangkapan laut, minyak diesel, bot serta peralatan menangkap ikan.

Beliau berkata, kesemua bot itu dibawa ke jeti APMM Terengganu untuk siasatan di bawah Seksyen 15 Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara ini tanpa kebenaran yang sah daripada Pengarah Perikanan Malaysia dan Seksyen 15 (1) (a) dan Seksyen 14 (3) akta yang sama serta Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mampunyai pengenalan diri yang sah.

Sementara itu Zulkarnain mengingatkan, APMM tetap melaksanakan tugas dengan mengadakan operasi seperti yang ditetapkan dalam bulan Ramadan ini.

“APMM juga akan mengadakan satu lagi operasi khas iaitu ‘Op-Pagar’ untuk membuat pemantauan pencerobohan nelayan asing dan mengawal sempadan daripada kemasukan atau penyeludupan mercun dan sebagainya sempena Aidilfitri,” katanya. – BERNAMA

Kategori