Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kos Guaman Equanimity Bukti...

KUALA LUMPUR – Apabila kerajaan mengumumkan kos guaman untuk kes kapal mewah Equanimity...

Tiada Keperluan Kelantan Diisytihar...

KOTA BHARU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menegaskan...

Polis Berkas Lima Anggota...

JOHOR BAHARU - Polis berjaya menahan lima anggota 'Geng Syahrul Perling' yang aktif...

PAS Tak Gusar Ancaman...

KUALA LUMPUR - PAS tidak gusar dengan ancaman Gerakan Harapan Baru (GHB) yang...

Arsenal Umum Pengganti Wenger Minggu Ini

ARSENAL bakal melantik pengurus baharunya minggu ini.

Bekas pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery dinamakan menjadi pilihan utama untuk mengambil alih tugas Arsene Wenger selama 22 tahun itu.

Menurut laporan BBC, pengurus berusia 46 tahun dari Sepanyol yang meninggalkan PSG awal musim ini adalah yang paling sesuai untuk berada di Stadium Emirates.

Rekod Emery tidak perlu dipertikaikan lagi dengan kejayaan Liga Europa ketika menjadi jurulatih Sevilla pada tahun 2014 dan 2016.

Bagaimana pun, kekalahan 6-1 kepada Barcelona ketika menguruskan PSG musim lalu dalam saingan Liga Juara-Juara (saingan 16 pasukan) mencalarkan rekod baiknya.

Walaupun berbelanja besar dengan membeli Neymar dari Barcelona dengan harga rekod dunia 198 juta pound, PSG tetap terkandas sepenuh saingan suku akhir Liga Juara-Juara musim ini.

Sebelum ini, turut dilaporkan Arsenal tertarik dengan Mikel Arteta untuk menguruskan The Gunners, namun dia dikatakan kekurangan pengalaman.


Berdasarkan laporan akhbar Marca, majorii pemegang sahama Stan Kroenke dan Ketua Eksekutif Ivan Gazidis memutuskan untuk melantik bekas pemain tengah Arsenal itu, namun mereka tidak berani mengambil risiko.

Arteta yang berusia 36 tahun kini meneruskan kariernya sebagai pembantu jurulatih kepada Pep Guardiola di Manchester City.

Malah turut dilaporkan bahawa Arteta menolak tawaran Arsenal kerana hanya dijanjikan dengan 50 juta pound sahaja untuk perpelanjaan mendapatkan pemain. – mStar Online

Kategori