Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PRN Sarawak: ‘Sar Kuan’...

KUCHING - Datuk Dr. Sim Kui Hian boleh menjejak langkah mendiang bapanya sekiranya...

Seksanya.. Pengalaman Ustaz Kazim...

KISAH santau menyantau atau menujukan ilmu hitam kepada orang tertentu bukanlah cerita yang...

Paluan Gendang Pampat ‘Seru...

MARUDI: Setiap kali penyandang Ahli Dewan Undangan (ADUN) berkunjung ke rumah-rumah panjang masyarakat...

Audit Cukai Mendidik Pembayar...

Audit siasatan merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam operasi Lembaga Hasil Dalam...

AS Tuduh Hamas Cari ‘Alasan’ Galak Keganasan

WASHINGTON – Gerakan Hamas dituduh menggunakan majlis pembukaan kontroversi kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baitulmaqdis sebagai ‘alasan’ untuk menggalakkan keganasan, kata Jabatan Negara AS.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tentera Israel mengganas hingga mengorbankan 60 rakyat Palestin ketika insiden itu Isnin lalu.

Ketika didesak wartawan, jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert menolak untuk menyertai negara Barat lain yang menekan Israel agar menghentikan tindakannya.

“Keadaan di wilayah ini agak rumit. Kami kesal berlakunya kehilangan nyawa tetapi Israel berhak untuk mempertahankan diri,” kata Nauert.

Nauert tidak mahu keganasan terbaru itu dikaitkan dengan pembukaan kedutaan yang dirasmikan Isnin lalu selepas negara itu mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

“Kami sudah menyaksikan demonstrasi itu sejak enam minggu lalu. Demonstrasi ini bukan sesuatu yang baharu.


“Jika Hamas mahu menggunakan ia sebagai alasan untuk membakar semangat dan menggalakkan keganasan, itu adalah pilihan mereka dan ia adalah pilihan yang tidak bertanggungjawab,” kata Nauert.

Ketika ini, Israel berdepan tekanan antarabangsa dan desakan agar siasatan bebas dilakukan berhubung insiden itu. – AFP/BH ONLINE

Kategori